Gambar askar Ahmad Hurairah yang terkorban di Tanjung Batu, Lahad Datu


Gambar askar Ahmad Hurairah yang terkorban di Tanjung Batu, Lahad Datu - Seperti yang korang sedia maklum, seorang tentera ATM telah terkorban pada jam 7.45 pagi tadi di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Lahad Datu selepas bertempur dengan sekumpulan pengganas Sulu yang cuba melarikan diri. Wira negara ini dikenali dengan nama Ahmad Hurairah Ismail, berusia 24 dan merupakan tentera dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau.


Foto kecil dalam gambar berkenaan ialah Bapa arwah, Ismail Hussin, 55, yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi "salam abah, ma doa la orng slmt...era". Memang menyayat hati sungguh melihat seorang lagi pejuang negara terkorban. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Tabahkan hati dan fikir secara positif bahawa perjuangan arwah Ahmad Hurairah tidak sia-sia tetapi untuk mempertahankan kedaulatan negara.



0 Response to "Gambar askar Ahmad Hurairah yang terkorban di Tanjung Batu, Lahad Datu"

Catat Ulasan