Gambar mayat lanun Sulu bersenjata M-16 dibelasah hingga mati penduduk Semporna


Gambar mayat lanun Sulu bersenjata M-16 dibelasah hingga mati penduduk Semporna - Tahniah diucapkan kepada penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna kerana berani bertindak mempertahankan diri dengan membelasah hingga mati seorang lanun Sulu yang bersenjatakan senjata M-16. Lanun Sulu berkenaan dipercayai menjadikan salah seorang penduduk Kampung Senallang Lama sebagai tebusannya.


Keberanian yang ditunjukkan oleh penduduk Semporna membuktikan rakyat Sabah tidak takut dengan ugutan dan serangan dari lanun Sulu. Mungkin kerana kecewa dengan kredibiliti pasukan keselamatan yang tewas sebelum berjuang, maka penduduk kampung terpaksa berjuang sendiri ketika seorang militan cuba menjadikan mereka tebusan dengan memukul dan menetak militan berkenaan yang bersenjata M16 sehingga mati di Kampung Senallang Lama, Semporna.


0 Response to "Gambar mayat lanun Sulu bersenjata M-16 dibelasah hingga mati penduduk Semporna"

Catat Ulasan