Keputusan Malaysia vs India Hoki Piala Sultan Azlan Shah 16 Mac 2013 - Perlawanan kelima Malaysia menentang India dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 bakal berlangsung pada jam 8.05 malam ini di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Malaysia perlu dan wajib menang kerana dipercayai Australia telah berpakat untuk memberi kemenangan kepada New Zealand. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan Malaysia vs India. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Malaysia (2) - (2) India (FT)
Tahniah kepada skuad kebangsaan kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir walaupun hanya mampu seri dengan India sebentar tadi. Malaysia harus berterima kasih kepada Australia yang menewaskan New Zealand, 3-2.
Dalam perlawanan akhir nanti, Malaysia akan bertemu dengan Australia yang menepati statusnya bekas juara dunia hoki dengan menjuarai peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013.


0 Response to "Keputusan Malaysia vs India Hoki Piala Sultan Azlan Shah 16 Mac 2013"
Catat Ulasan