Minggu 8 - Keputusan Markah Peserta Gegar Vaganza 2020 (29 November 2020)


Minggu 8 - Keputusan Markah Peserta Gegar Vaganza 2020 | Pertandingan Gegar Vaganza 2020 musim ketujuh (GV7) kini telah memasuki minggu ke-8 pada hari Ahad, 29 November 2020 dengan menyaksikan para peserta yang masih bertahan akan membuat persembahan vokal mengikut tugasan lagu masing-masing

Untuk pengetahuan, persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-8 ini hanya berbaki 8 peserta berikutan penyingkiran Haslinda, Indigo, Eva, Nomad, Rozita Izlyn dan yang terbaru Aju Success pada konsert minggu-minggu yang lalu selepas mendapat markah terendah berdasarkan penilaian juri tetap.

Aju Success merupakan peserta terbaru yang tersingkir minggu lepas selepas mendapat markah terendah iaitu 57.80% sahaja dengan perbezaan mata sebanyak 0.40% berbanding Cliff Umar.

     Keputusan Gegar Vaganza 2020 minggu 5

Konsert Gegar Vaganza 7 (GV7) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), turut disiarkan secara eksklusif selama 10 minggu menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.


Kesemua peserta akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya.

Pengarah Muzik terkenal, Dato’ Ramli MS merupakan ketua juri tetap di samping Datuk Khadijah Ibrahim dan dua orang lagi juri undangan yang akan diperkenalkan setiap minggu.

Gegar Vaganza 7 (GV7) masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara di sebalik kontroversi dengan Azwan Ali (Diva AA) dua minggu lalu.


Berikut ialah keputusan markah peserta Gegar Vaganza 2020 Minggu 8:

Tema Minggu Ke-8: GV Throwback
Peringkat: Suku Akhir

1. Muss (Seragam Hitam) – 69.80% (tertinggi)

2. Linda Nanuwil (Teringin) – 62.20%

3. Ayu Damit (Rahsia Pohon Cemara) – 60.90%

4. Noraniza Idris (Anak Kampung) – 60.60%

5. Oja (Memori Cinta Luka) – 59.60%

6. Ashira (Nur Kasih) – 56.10%

7. Cliff Umar (Pesanan Buat Kekasih) – 55.70%

8. Yantzen (Segalamnya Ku Terima) – 44.50% (tersingkir)

     Keputusan Gegar Vaganza 2020 minggu 5

Secara automatik Muss yang berada di tangga pertama, menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi.

Di awal rancangan Yantzen diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi yang mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu lalu.

Yantzen turut menerima Anugerah Bintang CUCKOO Healthy Home pada minggu ini selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di laman sosial Twitter sepanjang siaran langsung.


0 Response to "Minggu 8 - Keputusan Markah Peserta Gegar Vaganza 2020 (29 November 2020)"

Catat Ulasan