ATM lancar serangan fasa ke-2 menggunakan pesawat kawalan jauh


ATM lancar serangan fasa ke-2 menggunakan pesawat kawalan jauh - Selepas melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang sejak pagi tadi, kini serangan ATM sedang memasuki fasa kedua yang  menggunakan pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang (Unmanned Air Vehicle) bagi melihat tahap kemusnahan kubu pertahanan penceroboh yang telah dibom.

Difahamkan, sejurus selesai tugas Unmanned Air Vehicle melaksanakan misi itu, pasukan komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memasuki dan menggempur lokasi saki-baki penceroboh yang dikenalpasti.

Pasukan tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pula telah dikerah untuk membuat back-up. Kerjasama antara ATM dan PDRM sehingga kini berjalan lancar dan memberi impak yang cukup ketara dalam misi menghapuskan penceroboh. - Source


0 Response to "ATM lancar serangan fasa ke-2 menggunakan pesawat kawalan jauh"

Catat Ulasan