Didakwa pernah berkahwin, Misha Omar cabar lelaki tunjuk bukti


Didakwa pernah kahwin, Misha Omar cabar lelaki tunjuk bukti - Ekoran dituduh pernah berkahwin sebelum ini oleh seorang lelaki sehingga menyebabkan pernikahannya dengan juruterbang Malaysia Airlines System (MAS), Fiross Ezwan Rosly, 31, tertangguh dua tahun, Misha Omar akhirnya membuka mulut dan mencabar individu itu untuk tampil mengemukakan bukti.

Menurut penyanyi Pulangkan ini, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, memang mengenali lelaki yang menyebarkan gosip liar itu dan amat kesal kerana ianya telah mencalar reputasinya.

Pengakuan ini dibuat Misha ketika ditemubual wartawan mStar dalam majlis pelantikannya sebagai jurucakap produk Colourland pada Rabu yang turut dihadiri oleh pengarah produk kecantikan itu, Loh Boon Leong.

"Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama.” 

Terdahulu, Misha diminta untuk mengulas gosip kononnya perkahwinan dia dengan Fiross tertangguh sehingga dua tahun disebabkan beliau menanti surat cerai daripada bekas suaminya iaitu seorang ahli perniagaan di Kelantan. Macam-macam gosip liar tersebar kerana perasaan cemburu.

Mengikut persetujuan, Misha dan Firos yang mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu, sepatutnya berkahwin setahun kemudian namun akhirnya tertangguh.

Menurut Misha, dia telah mendengar gosip liar itu sejak Februari lalu dan turut mengenalpasti identiti lelaki yang menyebarkan fitnah berkenaan.

“Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan. Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin.”


0 Response to "Didakwa pernah berkahwin, Misha Omar cabar lelaki tunjuk bukti"

Catat Ulasan