Empat orang maut runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang


Empat orang maut runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang - Palang konkrit sepanjang 300m yang menjadi penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh mengejut sekitar 7.15 malam pada khamis mengikut laporan mStar.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ramp di bawah kerja-kerja pembinaan di dalam pakej 3A yang giat dijalankan.

"Kita masih siasat punca kejadian dan JKSB akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini selewat-lewatnya pagi esok (pagi ini)."

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhadapan dengan kilang Motorola dan berhampiran Batu Maung. Runtuhan itu menyebabkan sebuah kereta dan motosikal telah tertimbus di bawah runtuhan konkrit.

Menurut pihak polis yang dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada terdapat kenderaan dan mangsa yang terperangkap, mereka bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar. Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Zalali Mohamad, 30-an berkata, runtuhan itu berlaku dalam sekelip mata dan dipercayai menghempap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan di bawah kawasan pembinaan berkenaan.


0 Response to "Empat orang maut runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang"

Catat Ulasan