Gambar Tajudin Zainal Abidin, mangsa runtuhan jambatan - Allahyarham Tajudin Zainal Abidin, 45, menjadi mangsa pertama yang dikenalpasti maut dalam tragedi runtuhan palang konkrit penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang tiga hari lepas. Apapun, mayat mangsa telah berjaya dibawa keluar dari kawasan runtuhan dan selamat dikebumikan di kampung isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 38, Jalan Keretapi, Alor Pongsu kira-kira jam 3 pagi Sabtu. Difahamkan, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Shariffah Ramli, 40, serta dua anak perempuan iaitu Nur Aina Syazwani, 11
, dan Nur Ain Maisara, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
0 Response to "Gambar Tajudin Zainal Abidin, mangsa runtuhan jambatan (6 Photo)"
Catat Ulasan