Pelakon Ffarrah Ismail diraba pengarah drama


Pelakon Ffarrah Ismail diraba pengarah drama - Seorang pelakon baru, Ffarrah Ismail bertindak membuat laporan polis semalam selepas mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan seniman. Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira jam 8.30 malam Isnin.

Menurut Ffarrah, 22, dia terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi dirinya agar tidak terus diperlakukan seperti itu selain bimbang diancam selepas mula menerima ugutan. Kejadian berkenaan berlaku antara bulan Januari dan Februari lalu ketika Ffarrah Ismail terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan seorang pengarah berusia lingkungan 60 tahun.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang kes itu akan berulang selain takut diugut pengarah drama itu,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Ffarrah lagi, kejadian berlaku ketika pengarah drama berkenaan mendesak untuk menghantarnya pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, pengarah itu cuba meraba bahagian dadanya ketika mereka dalam kenderaan.

“Pada mulanya saya menolak apabila dia hendak menghantar saya pulang selepas habis penggambaran tetapi saya terpaksa akur juga akhirnya. Ketika dalam perjalanan dia cuba meraba saya."


Ffarrah berkata, dia nekad menegur perbuatan tidak senonoh itu namun pengarah berkenaan cuba mengugut untuk memusnahkan masa depannya sebagai pelakon selain meminta agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa.

Saya bimbang dia akan guna pengaruhnya untuk menyekat periuk nasi saya kepada syarikat produksi lain kerana saya tidak menuruti kehendaknya. Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan, saya tampil membuat laporan polis walaupun kes ini sudah berlalu kira-kira empat bulan lalu."


0 Response to "Pelakon Ffarrah Ismail diraba pengarah drama"

Catat Ulasan