Punca utama Husam Musa ditangkap polis sekitar pagi Sabtu
Punca utama Husam Musa ditangkap polis - Sebagai pemerhati politik, admin cukup terkejut dengan penangkapan Naib Presiden PAS, Husam Musa pada Sabtu untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Difahamkan, ianya ada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau pada Isnin lalu iaitu lima hari sebelum berlangsungnya perhimpunan Black 505 di Padang Merbok.
Bagi admin, penahanan Husam Musa yang ketika ini berada di balai polis Ampang Jaya, Selangor agak kontroversi kerana jika dibaca dengan teliti kenyataan yang dikeluarkan Husam, ianya bukan berbaur hasutan tetapi lebih kepada pesanan.
Kalau korang belum baca kenyataan Husam Musa pada sidang media Isnin lalu yang menyebabkannya ditangkap polis sekitar pagi tadi, korang boleh baca di bawah. Dah baca? Kenyataan itu berbentuk hasutan ke pesanan?
"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini. Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat. Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya." - wasukalu
0 Response to "Punca utama Husam Musa ditangkap polis sekitar pagi Sabtu"
Catat Ulasan