Gambar perhimpunan Black 505 di Padang Merbok - Kredit kepada laman Facebook Malaysiakini yang telah berkongsi puluhan gambar menarik sekitar perhimpunan Black 505 di Padang Merbok yang sedang berlangsung ketika ini. Dianggap perhimpunan Black 505 terbesar pernah dianjurkan, orang ramai dilihat mula berkumpul sejak pagi tadi lagi. Sehingga kini, Padang Merbok telah dibanjiri orang ramai yang hadir tanpa paksaan.
Para wartawan Malaysiakini menjadi media tempatan yang secara sukarela membuat liputan sepanjang perhimpunan ini berlangsung. Para peserta terus melaungkan slogan “Hidup, hidup rakyat. Hancur, hancur kezaliman. Turun (letak jawatan), turun Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR." ketika berarak ke Padang Merbok dari semua tujuh lokasi utama tempat berkumpul sejak pagi tadi.
Satu perkara yang menarik dalam perhimpunan kali ini ialah kehadiran Ku Nan, Menteri Wilayah Persekutuan sekitar jam 12.30 tengah hari tadi. Beliau dikatakan hendak membuat tinjauan suasana atau keadaan orang ramai yang berkumpul di Padang Merbok. Sejurus itu, Ku Nan meminta lokasi perhimpunan itu dipindahkan ke Stadium Merdeka bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Persoalannya, kenapa baru sekarang Stadium Merdeka boleh digunakan untuk perhimpunan? Pelik tetapi benar. Apapun, mari layan 50 keping gambar hebat dan mengujakan sekitar perhimpunan Black 505 yang sedang riuh rendah berlangsung di Padang Merdok ketika ini.
follow mw
BalasPadamnukilancintapurple.blogspot.com