Siti Saleha dan Nad Zainal dilabel perempuan tidak tahu malu - Hanya kerana menjadi model iklan yang juga duta tuala wanita Kotex, dua pelakon remaja popular, Siti Saleha dan Nad Zainal telah mendapat kritikan pedas selain dilabel sebagai perempuan tidak tahu malu oleh segelintir peminat di Instagram dan masyarakat sekeliling.
"Ketika itu saya memuat turun gambar bersama pelakon lain yang sedang melakonkan aksi untuk iklan berkenaan. Bagaimanapun selepas itu, mereka mula menyindir dan mengkritik saya."
Menurut pelakon Nora Elena, Siti Saleha, rata-rata yang melemparkan cemuhan dan kritikan pedas adalah kaum lelaki.
"Saya tidak kisah dengan tanggapan mereka, saya berkongsi mengenainya kerana ia adalah tugas saya sebagai perempuan. Apapun, saya sifatkan mereka ini golongan yang berfikiran sempit."
Saleha turut menambah, perkara sebegini sewajarnya tidak timbul di zaman moden ini kerana kebanyakkan lelaki mempunyai kakak atau adik perempuan di rumah.
"Masing-masing mempunyai keluarga perempuan, akan mempunyai isteri dan anak. Jadi ia sesuatu yang normal perlu diambil tahu oleh mereka. Mereka harus didedahkan dengan perkara ini kerana mungkin akan diminta oleh isteri atau anak membelinya suatu masa nanti."
Dalam pada itu, Farah Nadia Zainal Abidin turut berkongsi pengalaman sama beliau ketika pertama kali menjadi duta Kotex. Menurutnya, pandangan serong masyarakat dan kritikan pedas dari para peminat di laman sosial memang tidak dapat dielakkan, dipetik dari
Sinar Harian.
"Ini adalah tahun kedua saya menjadi duta Kotex dan perkara ini sudah sebati dalam diri saya. Apapun, kami hanya menjalankan tanggungjawab dan rasanya sebagai perempuan tidak salah berkongsi pengetahuan serta ilmu yang kami dapat menerusi penggunaan produk ini."
0 Response to "Siti Saleha dan Nad Zainal dilabel perempuan tidak tahu malu"
Catat Ulasan