Buka puasa makan babi, Alvin Tan dan Vivian Lee cetus kemarahan muslim


Alvin Tan dan Vivian Lee cetus kemarahan muslim - Apa dah jadi dengan penulis blog berunsur lucah, Alvin Tan dan Vivian Lee yang sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik sekeping gambar "Selamat Berbuka Puasa" di akaun Facebook milik mereka berdua semalam.

Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan "bak kut teh" yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.


Setakat tengahari Jumaat, lebih 140 pemilik akaun Facebook telah berkongsi gambar mereka, manakala sejumlah 500 komen berbentuk kecaman turut dterima. Kebanyakkan pemberi komen mendakwa pasangan ini sebagai mengabaikan sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum.

Ketika Alvin Tan ditembual wartawan mstar tentang penyebaran gambar itu, dia memberitahu bahawa posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat untuk mencetuskan kemarahan kaum muslim.

Menurut Alvin Tan  dia tidak menyesal dengan posting sedemikian kerana dia hanya mahu mencipta satu jenaka yang menyedihkan dan ingin melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap lawaknya.

"Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami. Ia hanyalah satu lawak menyedihkan."

"Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini."


6 Responses to "Buka puasa makan babi, Alvin Tan dan Vivian Lee cetus kemarahan muslim"

  1. apakah???? -_- pelik pelik la dorang ni

    BalasPadam
  2. Salam,
    Kenapa perlu memainkan perasaan atau agama org lain utk melawak..kenapa asik islam jer yg jadi bahan hinaan...

    BalasPadam
  3. Apa la punya org...bnda mcm tu pn pk lawak...cer bt cita sal agama dia plk agknya apa dia akn ckap....

    BalasPadam
  4. AMALAN YANG AKAN MEMBAWA PADAH...KAMI AKAN BANGKIT

    BalasPadam
  5. Kawe sokong mu awe..kawe johor mari..dorg ni otak buh kat tapak kaki..byk kali cuba buat hal..dahla porno..rupa tak kacak,gewe huduh..pasni ugut nk buat mcm2 kat muslim..KITO BANGKIT SAMO2

    BalasPadam
  6. Nanti dah kena 'belasah' baru jaga mulut! Yang belasah boleh bagi ulasan "kami hanya bergurau, saja mahu melihat reaksi masyarakat"...sama macam yang dia orang bagi alasan....

    BalasPadam