Maimun Mutalib belasah pelakon baru watak antagonis


Maimun Mutalib belasah pelakon baru - Pelakon veteran Maimon Mutalib, 54, yang sering memegang watak antagonis dalam kebanyakkan filem dan drama melayu, tampil dengan kenyataan terbuka menegur pelakon baru kerana melakonkan watak antagonis secara sambil lewa.

"Saya rasa geram apabila lihat pelakon-pelakon yang bawa watak antagonis tidak bawa watak itu dengan baik." 

"Selalu orang ingat senang bawa watak tersebut tapi sebenarnya tanggang jawab kita ialah untuk sampaikan rasa benci itu kepada penonton.”

Menurut Maimon, berdasarkan kepada pengamatannya, ada watak antagonis pelakon-pelakon baru gagal menyentuh jiwanya kerana lakonan mereka itu tidak dilakukan sepenuh hati.

Justeru katanya, setiap pelakon perlulah mendalami ilmu seni lakon dengan sebaik mungkin dan bukannya melibatkan diri dalam dunia seni hanya untuk mencari glamor.


0 Response to "Maimun Mutalib belasah pelakon baru watak antagonis"

Catat Ulasan