Alif Aziz tak mahu lagi dikaitkan dengan Adira AF


Alif Aziz tak mahu lagi dikaitkan dengan Adira AF - Sejak putus dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-8, Adira, pelakon Alif Aziz tidak lagi mahu dirinya dikaitkan langsung dengan penyanyi Ilusi itu.

"Bagi saya kami sudah putus dan saya tidak mahu dikaitkan apa-apa lagi dengannya. Saya pun sudah menjalani kehidupan saya tanpa kekasih seperti biasa. Saya pula kini sudah selesa begini. Cukuplah, apa yang telah kami lalui bersama sebelum ini."

Alif tampil membuat penjelasan itu selepas beberapa kali diminta oleh pihak media untuk mengulas mengenai hubungannya dengan Adira selepas wanita itu dikatakan terlalu cepat bertemu cinta barunya, Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

"Saya tidak kenal siapa dia (Shahrul Nasrun) dan sejak bila mereka berkenalan. Kalau benar dia sudah bertemu cinta baru, saya hanya doakan kebahagiaanya sahaja. Lagipun , kini kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain dan saya pula sibuk dengan kerjaya seni saya terutama lakonan yang baru sahaja saya bina."


0 Response to "Alif Aziz tak mahu lagi dikaitkan dengan Adira AF"

Catat Ulasan