Dedah perut bunting bertatu, Yasmin Hani dikritik peminat
Dedah perut bunting bertatu, Yasmin Hani dikritik peminat - Setiap wanita mengandung buat kali pertama pastinya akan teruja dan gembira kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Begitulah sebenarnya perasaan yang dialami oleh Yasmin Hani tatkala dia kini sedang hamil 31 minggu.
Baru-baru ini, pelakon itu telah berkongsi beberapa keping gambar perut kandungannya dengan hanya memakai bikini menerusi akaun Instagram peribadinya. Dalam gambar-gambar tersebut, bahagian perut bunting Yasmin dilihat mempunyai lukisan tatu bunga.
Ternyata, sebahagian peminat isteri kepada bekas pemain drum kumpulan Blackrose itu tidak senang dengan perkongsian berkenaan sehingga mereka mula meninggalkan komen-komen negatif dan teguran keras.
0 Response to "Dedah perut bunting bertatu, Yasmin Hani dikritik peminat"
Catat Ulasan