"Kami masih kawan baik. Saya hubungi Neelofa hari-hari" - Itulah sebahagian dari kata-kata pengakuan terkini pengarah dan penerbit terkenal, Hans Isaac ketika ditemubual oleh wartawan media semalam.
Baginya, walaupun promosi dan penayangan filem Lemak Kampung Santan sudah pun selesai, hubungannya dengan pengacara jelita Neelofa masih seperti biasa. Mereka masih berkawan baik seperti sebelum ini malah sering berhubung dan berbual-bual menerusi telefon.
“Selagi belum tiba tayangan Lemak Kampung Santan saya memang letak syarat yang saya dan Neelofa tak akan terima temuramah bersama-sama.
Tapi bila filem itu hendak ditayangkan, untuk promosi, barulah kami bersetuju untuk sesi temuramah dan fotografi berdua.
"Syarat tersebut memang dah termaktub dalam kontrak. Tapi selepas tayangannya tamat, maka penampilan kami berdua pun selesai lah."
“Tapi kami masih berkawan baik. Saya hubungi dia hari-hari. Kami tak cerita pasal kerja atau filem. Tapi kami selalu berbual tentang kehidupan.”

0 Response to ""Kami masih kawan baik. Saya hubungi Neelofa hari-hari" - Hans Isaac"
Catat Ulasan