Adi Putra jumpa tokoh berpengaruh gugurkan kes main isteri orang?


Adi Putra jumpa tokoh berpengaruh gugurkan kes - Nampaknya, kontroversi main isteri orang yang menghambatkan Adi Putra sejak sebulan lalu masih belum menemui penghujungnya sehingga kini.

Meskipun, isu tersebut sudah senyap sejak tiga minggu lalu, namun ianya kembali bergema di media selepas ruangan Zubir di BiPop semalam mendakwa Adi Putra telah berjumpa dengan seorang tokoh berpengaruh untuk mengguggurkan kesnya.

Memang sukar untuk mempercayai dakwaan berkenaan apatah lagi hasil siasatan polis masih belum dikeluarkan setakat ini. Namun lain pula cerita yang dikongsikan dalam ruangan Zubir. Katanya, laporan forensik ke atas isi kandungan telefon bimbit dan isteri seorang ahli perniagaan dikatakan sudah diperolehi.

Apapun, admin masih yakin bahawa pelakon KL Gangster itu tidak bersalah, mungkin cuma fitnah semata-mata untuk menjatuhkan karier beliau. Paling penting, kita tunggu sahaja respon balas dari pihak Adi Putra berhubung dakwaan terbaru itu dan hasil siasatan polis yang lengkap.


1 Response to "Adi Putra jumpa tokoh berpengaruh gugurkan kes main isteri orang?"