Aeril Zafrel mengamuk cabar dalang bawa bukti Jumaat ini


Aeril Zafrel mengamuk cabar dalang bawa bukti Jumaat ini - Penyebaran gosip perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel semakin menuju ke kemuncaknya apabila Aeril mengesahkan akan mengadakan sidang media pada Jumaat ini bagi menjawab dan menjelaskan segala kemelut yang melanda dirinya.

Selain Aeril, Wawa Zainal turut hadir pada sidang tersebut untuk mengotakan janjinya mahu membuat pendedahan identiti dalang utama yang menyebarkan gosip perkahwinan mereka berdua dan isu mendapat cahaya mata sulung, Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos lalu.

Menurut pelakon drama bersiri Cinta Jannah itu, segala persoalan yang sudah lama tergantung akan terjawab pada masa tersebut. Sementara itu, dirinya mahu mengambil langkah berdiam diri terlebih dahulu dan tidak mahu membuat sebarang komen sekarang.

"Semua perkara mengenai saya akan terjawab pada hari itu. Buat masa ini, saya tidak mahu membuat sebarang komen mengenai hal peribadi saya. Pada Jumaat ini, Wawa Zainal akan hadir sekali menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya semua pihak."

Dalam perkembangan sama, pengurus Aeril, Shariman Wahab, mahu pihak yang melaporkan berita mengenai pernikahan dan kelahiran bayi didakwa milik pasangan pelakon tersebut tampil membawa salinan dokumen sebagai bukti pendedahan tersebut pada sidang akhbar berkenaan nanti.

"Saya tidak bermaksud untuk mencabar sesiapa tetapi jika pihak berkenaan berani menyiarkan berita sedemikian, mana bahan bukti untuk mengesahkan laporan itu."


0 Response to "Aeril Zafrel mengamuk cabar dalang bawa bukti Jumaat ini"

Catat Ulasan