5 Kebaikan Telefon Pintar Tahun 2020


Kebaikan telefon pintar tahun 2020 - Memiliki telefon pintar dianggap sebagai satu trend atau gaya hidup di kalangan remaja tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan.

Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka, namun adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik kepada masyarakat terutamanya golongan remaja?

Berikut ialah 5 kebaikan telefon pintar yang kurang diketahui ramai:

1. Alat perhubungan / komunikasi

Kebaikan telefon pintar yang pertama ialah sebagai alat perhubungan atau komunikasi jarak jauh. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada.

Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja.

Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya.

2. Mendapat maklumat terkini

Selain berfungsi sebagai alat komunikasi, telefon bimbit pintar juga boleh digunakan untuk mengakses maklumat terkini secara pantas atau dalam erti kata lain semuanya hanya di hujung jari.

Kini, kebanyakan maklumat boleh terus diperolehi melalui laman sosial seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain. Di samping itu, maklumat terkini itu juga dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan, whatsapp atau melalui share maklumat di laman-laman sosial.

3. Aplikasi GPS

Kebaikan telefon pintar yang seterusnya ialah kita dapat pergi ke sesuatu tempat dengan mudah dengan adanya aplikasi yang dinamakan GPS. Dengan menggunakan aplikasi ini kita tidak perlu risau tersesat kerana GPS akan membantu membawa kita ke jalan yang kita ingin tujui.

4. Sebagai Alat Hiburan

Kebaikan telefon pintar yang keempat ialah sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan.

Fungsi ini menjadi antara kebaikan utama telefon pintar yang menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja. Telefon bimbit pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

5. Memudahkan Kerja

Kebaikan yang ini pula dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar.

Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

0 Response to "5 Kebaikan Telefon Pintar Tahun 2020"

Catat Ulasan