Aidil Zafuan dan Zarema Zainal kahwin Mac 2014


Aidil Zafuan dan Zarema Zainal kahwin Mac 2014 - Pada 4 Ogos lalu, Aidil Zafuan mengejutkan dunia hiburan tempatan apabila menceraikan bekas isterinya, Rita Rudaini, dengan talak satu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Susulan itu, ramai peminat mula menyalahkan Zarema Zainal sebagai orang ketiga yang menjadi punca penceraian mereka. Meskipun begitu, pemain kebangsaan Aidil Zafuan terus menafikan sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita itu.

Selepas Aidil dan Rita beberapa minggu berbalah di laman sosial kerana tidak berpuas hati, isu penceraian mereka kemudian terus reda tanpa berita. Hanya baru-baru ini nama Aidil kembali menjadi bualan hangat peminat apabila beberapa keping gambarnya bersama Zarema ketika menghadiri majlis hari jadi anak lelaki Nedim Nazri tersebar di laman maya.

Sejak itu, wartawan mula berlumba-lumba menghubungi Aidil untuk mendapatkan cerita sebenar berkenaan status hubungannya dengan Zarema namun gagal. Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu terus membisu dan mengelakkan daripada memberikan sebarang komen.

Hari ini, sebuah media hiburan mendakwa Aidil bakal melangsungkan perkahwinan dengan Zarema pada Mac tahun depan. Apabila beliau diminta memberikan kenyataan berhubung dakwaan itu, Aidil memberikan jawapan ringkas di bawah.

"Mana tahu ni? Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus. Tunggu kadnya ya."

Jawapan bekas suami Rita itu jelas membuktikan bahawa Zarema Zainal memang kekasih barunya dan dakwaan mereka bakal berkahwin tahun depan, 2014, adalah benar dan bukan gosip semata-mata.


0 Response to "Aidil Zafuan dan Zarema Zainal kahwin Mac 2014"

Catat Ulasan