Amaran Tsunami bakal landa Borneo 36 jam lagi hanya berita palsu?


Amaran Tsunami bakal landa Borneo 36 jam lagi - Seorang pemilik akaun Facebook, Irsyad Sidi, telah memuatnaik status terkini berkenaan amaran serangan Tsunami yang diberikan oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia. Bencana itu dikatakan bakal melanda kawasan Borneo dalam tempoh 36 jam dari sekarang.
Status itu turut disertakan dengan sekeping gambar laut yang sedang bergelora di lautan Brunei. Gambar berkenaan didakwa diambil menggunakan helikopter.


Tidak lama selepas itu, Irsyad Sidi sekali lagi mengemaskini status di wall Facebooknya dengan maklumat tentang kejadian gempa bumi berukuran 4.9 skala ricther berdekatan daerah Lahad Datu.


Apapun, selepas membuat pemeriksaan menerusi laman web Agensi Meteorologi Jepun, tiada pula amaran rasmi bertulis yang mereka keluarkan. Adakah status yang dikongsikan oleh Irsyad Sidi hanya khabar kosong sahaja?

Sumber asal : Blog pilihan-anda


2 Responses to "Amaran Tsunami bakal landa Borneo 36 jam lagi hanya berita palsu?"

  1. Ya allah betul kah ni? Hanya pada mu ku memohon..agar lindungi kami s3mua.... hrap berita begini jgn di sebarkan jika tidak benar..kalu betul.. mari la kita sama2 berdoa agar jauhi dari bencana ini..

    BalasPadam
  2. saya check, tiada amaran apa-apa. mungkin sekadar khabar angin atau dek terpengaruh dengan berita-berita pelik kat FB sejak dua menjak ni.

    anyway sesiapa nak check, boleh ke sini : http://earthquake-report.com/

    BalasPadam