Gambar pertunangan Fiffy Natasha & Muslim Azman


Gambar pertunangan Fiffy Natasha & Muslim Azman - Siapa masih ingat pelakon Fiffy Natasya yang pernah menimbulkan kontroversi kerana membuka tudungnya selepas didesak oleh rakan pelakon?

Untuk pengetahuan, artis jelita itu telahpun selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Muslim Azman, seorang juruterbang MAS. 

Aaron Aziz & Sharifah Amani rasa anda perlu ?? BACA LEBIH LANJUT SINI

Majlis pertunangan mereka telah dilangsungkan di kediaman Fiffy di Subang, Selangor pada 21 Disember lalu dengan bertemakan warna unggu. 

"Saya mula mengenali Muslim Azman yang bertugas sebagai juruterbang MAS sejak setahun yang lalu dan lantas mengambil keputusan untuk terus bertunang.”

"InsyaAllah kami merancang untuk berkahwin dalam dua tahun lagi tetapi tengoklah keadaan juga. Jika okay dan semuanya sudah bersedia, semuanya akan dipercepatkan.” 

"Kami juga mengundang lebih kurang 200 orang tetamu untuk majlis pertunangan ini. Apa pun, doakan yang terbaik buat saya dan Muslim dan semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin."

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis pertunangan Fiffy Natasha & Muslim Azman. Kredit semua gambar kepada mforum.














0 Response to "Gambar pertunangan Fiffy Natasha & Muslim Azman"

Catat Ulasan