Risteena Munim mengamuk dituduh berlagak


Risteena Munim mengamuk dituduh berlagak – Menganggap diri masih setahun jagung dalam dunia lakonan, pelakon jelita Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 24, tidak menyangka akan terpalit dengan kontroversi yang membabitkan kerjayanya.

Dalam satu laporan sebuah akhbar baru-baru ini, Risteena Munim didakwa mula berperangai teruk apabila bertindak membatalkan satu sesi fotografi sehingga mengundang rasa tidak puas hati beberapa pihak.

Bercakap kepada Kosmo hari ini, pelakon drama bersiri Playboy Itu Suami Aku itu, melahirkan perasaan sedihnya kerana dituduh sebagai artis yang tidak berdisiplin tanpa mengetahui situasi sebenar yang dialaminya.

"Sebagai pelakon baharu, sudah tentu saya perlukan publisiti yang lebih meluas terutama sekali cerita tentang diri dan kerjaya saya menerusi akhbar.vBagaimanapun, saya ingin jelaskan bahawa masalah yang timbul ini berpunca daripada salah faham sehingga sesi fotografi yang diaturkan terpaksa dibatalkan.”

"Sepanjang setahun menjadi pelakon, saya sangat menjaga disiplin dan tidak pernah datang lambat ke lokasi. Apabila timbul cerita-cerita sebegini, pastinya ia membuatkan saya rasa begitu sedih."


Menurut Risteena Munim, keengganannya menggunakan khidmat pengurus adalah salah satu punca utama dia berhadapan dengan masalah penjadualan tatkala tawaran yang diterima semakin banyak.


Meskipun, ada rakan yang mencadangkan agar dia mencari pengurus namun pelakon yang berasal dari Kepala Batas itu menolak berbuat demikian. Ini kerana, dia merasakan masih lagi mampu bergerak sendiri.

"Apabila mengalami situasi sebegini, saya pernah menangis dan tidak menyangka terpalit pula dengan kontroversi memandangkan saya sangat memberi komitmen terhadap setiap pekerjaan yang dilakukan.”

"Namun begitu, apabila difikirkan semula, tidak ada guna saya menangis sehingga memberikan tekanan. Saya anggap segala yang berlaku ini merupakan salah satu cabaran dalam usaha saya untuk mencipta nama dan segala kesilapan akan cuba saya elakkan agar tidak menyinggung mana-mana pihak."



0 Response to "Risteena Munim mengamuk dituduh berlagak"

Catat Ulasan