Johan As'ari sanggup tunggu Shila Amzah sampai bila-bila


Johan As'ari sanggup tunggu Shila Amzah sampai bila-bila - Umum mengetahui hubungan cinta antara Johan As'ari dan Shila Amzah sudah berakhir beberapa minggu lalu lantaran tindakan Johan memilih untuk memperisterikan Lana Nordin.
Mungkin disebabkan merajuk dan rasa dikhianati, Shila Amzah memadam semua gambar kenangan mereka berdua di Instagram selain turut menukar nombor telefon dan dan menyekat laman sosial Johan.

Meskipun tindakan Shila tersebut sedikit mengejutkan Johan As'ari namun ia tidak sama sekali melunturkan perasaan sayangnya terhadap pelantun lagu Masih Aku Cinta itu. Katanya, kasih sayang yang terbina adalah lahir antara makhluk.

“Saya masih menganggapnya sebagai teman saya. Sekiranya Shila mahu meminta sokongan daripada saya, saya tetap akan menyokongnya, dan berkawan semula dengannya seperti biasa."

“Kerana hubungan yang terbina adalah berteraskan perasaan kasih sayang yang lahir antara makhluk. Jika dia mahu, dia boleh menghubungi saya bila-bila masa saja. Saya tetap menerimanya dan menganggap sebahagian daripada saya.”

Bagi pelakon filem Juvana itu, persahabatan yang dibina bersama Shila sejak kecil tidak mungkin terputus begitu sahaja memandangkan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

“Hubungan keluarga antara kami sangat rapat. Malah, Shila tetap menghubungi ibu saya, dan saya percaya hubungan mereka akan kekal baik selamanya. Hubungan ini tidak akan putus. Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya."


0 Response to "Johan As'ari sanggup tunggu Shila Amzah sampai bila-bila"

Catat Ulasan