Negeri Perak dilanda hujan ais dan ribut kencang


Negeri Perak dilanda hujan ais dan ribut kencang - Kejadian hujan lebat berupa ais disusuli dengan ribut kencang yang melanda sekitar bandar Taiping amat mengejutkan orang ramai.


Rata-rata peniaga pasar yang mengalami sendiri serangan ribut tidak disangka itu mengakui ada batu-batu kecil berterbangan yang menyakiti tubuh mereka ketika sedang memasang khemah.

Kejadian pelik seumpama ini merupakan yang kedua berlaku selepas baru-baru ini bandar Johor Bahru turut dilanda puting beliung pada 18 Disember lalu.

Menurut seorang peniaga, Mohamad Kamal Abdul Latiff, 35, yang berada di tempat kejadian, dia baru sahaja membuka khemah untuk menjual hasil laut sebelum tiba-tiba hujan lebat melanda diikuti ribut kencang.

"Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit, tiba-tiba hujan lebat melanda diikuti ribut hingga menyebabkan beberapa khemah hampir tumbang.

“Saya bersama pekerja terpaksa menahan khemah dari diterbangkan angin, ketika itulah saya dapat rasa tubuh saya seperti dihujani batu-batu kecil.”


Kata Mohamad lagi, insiden tersebut merupakan kali pertama berlaku sepanjang 10 tahun dia berniaga di kawasan berkenaan.

“Memang tak sangka, lebih-lebih lagi saya sendiri yang alaminya. Susulan kejadian ini, hampir semua peniaga tak jadi berniaga dan mengemas barang dan peralatan masing-masing.”


0 Response to "Negeri Perak dilanda hujan ais dan ribut kencang"

Catat Ulasan