Johan As'ari tak pernah anggap Lana Nordin sebagai kekasih


Johan As'ari tak pernah anggap Lana Nordin sebagai kekasih - Kontroversi perpisahan mengejut antara Johan As’ari dan Lana Nordin dua hari lalu terus menjadi bualan hangat peminat di laman sosial.

Rata-rata komen peminat yang dimuatnaik di laman sosial berbaur kutukan dan tomahan terhadap pelakon drama berisi Juvana itu kerana menurut mereka Johan tidak serik-serik mempermainkan perasaan perempuan.

Semalam, Johan sempat dihubungi oleh Kosmo berhubung kontroversi itu menerusi WhatsApp. Antara jawapan paling tidak masuk dari bekas kekasih Nabila Huda itu adalah berbunyi berikut. 

“Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja.” 

“Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya.”


0 Response to "Johan As'ari tak pernah anggap Lana Nordin sebagai kekasih"

Catat Ulasan