Pengakuan penuh Nooraida Abdul Talib di sidang media


Pengakuan penuh Nooraida Abdul Talib di sidang media - Memberikan alasan amat teruja dengan Adi Putra sehingga rela bertukar-tukar gambar lucah dengan pelakon itu, Nooraida Abdul Talib akhirnya mengakui tersilap langkah kerana terlalu melayan mesej dan whatsapp yang dihantar oleh Adi Putra pada September lalu.

“Saya mula mula agak teruja apabila menerima mesej melalui Whatsapp dari Adi Putra kerana saya sememangnya meminati dia dan saya tidak menyangka apabila dia secara tiba tiba pula menghantar gambar yang agak lucah dan sulit. Reaksi saya sangat terkejut dan saya terfikir biar betul dia ni?”

Selain itu, Nooraida turut mengiyakan pernah menghantar gambar-gambar agak seksi kepada Adi tetapi bukanlah gambar yang tidak senonoh atau lucah seperti gambar-gambar yang dihantar oleh pelakon itu kepadanya.

“Ya, saya ada mengirim gambar saya juga yang lebih berbentuk ‘selfie’ dan tidaklah sampai kepada gambar yang tidak senonoh. Sepanjang perkenalan saya cukup menghormati dia dan saya sendiri cukup berjaya-jaga dengan percakapan dan tingkah laku saya ini.”

Ketika beliau ditanya berkenaan tindakan membuka kembali kes terbabit bakal mengaibkan dia dan suaminya, wanita berusia 29 tahun itu memberitahu tidak kisah memandangkan usaha untuk berunding dengan Adi Putra sebelum ini secara damai dan tertutup telah menemui kegagalan.

“Saya rasa perkara ini sudah besar dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah.”

“Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir.”

Dalam pada itu, Nooraida sempat berseloroh dalam sidang media semalam dengan mengatakan dia tetap akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang biasa-biasa sahaja.


0 Response to "Pengakuan penuh Nooraida Abdul Talib di sidang media"

Catat Ulasan