Bukti dan respon Neelofa isu khalwat dan kahwin VIP


Bukti dan respon Neelofa isu khalwat dan kahwin VIP - Baru sahaja tiga tahun berkecimpung dalam dunia hiburan tempatan, sudah terlalu banyak gosip liar yang dialami oleh Neelofa.

Bermula dengan kontroversi berpakaian seksi dan menggoda sehinggalah kepada yang terbaru didakwa berkhalwat, Neelofa sedikit pun tidak melenting malah mengambil langkah berdiam diri dan menjawab bila perlu.

Pada admin, dakwaan kononnya pelakon itu berkhalwat dan berkahwin senyap-senyap hujung bulan lalu merupakan kontroversi paling teruk pernah dialami Neelofa. Bukan mudah sebenarnya untuk menerima pelbagai kritikan dan tomahan dari peminat namun terpaksa juga jika mahu terus bertahan dalam dunia seni.

Pagi tadi, Neelofa telah memuatnaik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya sebagai bukti dia memang tidak berkhalwat seperti didakwa peminat. Gambar itu memaparkan resit penerbangannya ke Los Angeles pada 18 Disember lalu.


Gambar tersebut turut disertakan dengan penjelasan panjang lebar Neelofa pada tarikh dan masa dia difitnah berkhalwat. Diharap dengan penjelasan beliau ini beserta bukti kukuh akan meredakan kritikan dan tomahan dari masyarakat.



0 Response to "Bukti dan respon Neelofa isu khalwat dan kahwin VIP"

Catat Ulasan