Gila publisiti, Johan As'ari didakwa sedia kahwin Hantu Kubur


Gila publisiti, Johan As'ari didakwa sedia kahwin Hantu Kubur - Kisah cinta Johan As'ari yang sering bertukar-tukar pasangan dengan beberapa artis wanita tempatan tidak asing lagi buat penggiat-penggiat blog atau media hiburan termasuk juga peminat.

Baru sahaja bulan lepas, aktor itu putus cinta Lana Nordin selepas hampir sebulan menyulam cinta. Alasannya ialah tidak mendapat restu dari keluarga.

Sebelum Lana, Johan sudah mengecewakan tiga rakan artis wanita lain yang sememangnya cantik. Mereka ialah Izreen Azminda, Nabila Huda dan Shila Amzah. Bagi setiap kontroversi yang membabitkan putus cinta, nilai publisiti yang diperolehi Johan dikatakan mencecah jutaan ringgit.

Sebagai contoh katakanlah satu laporan muka surat penuh sesebuah akhbar yang menyiarkan kisah Johan, nilai iklannya ialah RM8,000. Kalau dalam tempoh sebulan akhbar berkenaan menyiarkan empat kali kisah cinta tak menjadinya itu, ia telah menelan belanja RM32,000.

Itu untuk sebuah akhbar. Kalau ada lima akhbar, portal, majalah dan rancangan hiburan TV yang menyiarkan topik berkenaan, tidakkah Johan mendapat nilai jutaan ringgit kos promosi percuma?

Jadi, ini jelas membuktikan pelakon itu bijak mencari publisti meluas secara percuma. Tak perlu bayar wartawan atau akbhar. Kalaulah esok atau lusa timbul isu Johan As’ari berkata dia nak kahwin dengan hantu kubur, kita jangan terkejut kerana itu semua strategi yang disusunnya.


0 Response to "Gila publisiti, Johan As'ari didakwa sedia kahwin Hantu Kubur"

Catat Ulasan