Respon Raja Azmi isu terpaksa tanggung perbelanjaan suami
Respon Raja Azmi isu terpaksa tanggung perbelanjaan suami - Baru sahaja hampir empat bulan bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali, kini sudah mula timbul kontroversi lain yang dikaitkan dengan Raja Azmi.
Kontroversi itu berkaitan tentang tuduhan yang dilemparkan segelintir peminat dengan mendakwa penerbit filem Dalam Botol, Raja Azmi terpaksa menanggung perbelanjaan suaminya sejak berkahwin pada 14 Oktober tahun lalu.
Beliau yang ditemui media baru-baru ini memberitahu tidak kisah dengan tuduhan sedemikian kerana dia sebagai isteri juga bertanggungjawab dalam kehidupan berumah tangga termasuklah hal-hal berkaitan kewangan. Katanya, bukan menjadi satu kesalahan jika dia terpaksa menanggung perbelanjaan suaminya.
"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi."
"Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami. Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia."
Sementara itu, Raja Azmi mengakui tidak dilimpahi dengan kemewahan seperti dahulu lagi namun apa yang lebih penting ialah dia sangat bahagia di samping suami tercinta.
0 Response to "Respon Raja Azmi isu terpaksa tanggung perbelanjaan suami"
Catat Ulasan