Hanez Suraya lapor polis Facebook Kami Sokong Liyana Manan


Hanez Suraya lapor polis FB Kami Sokong Liyana Manan - Umum mengetahui, sebuah Fanpage Facebook Kami Sokong Liyana Manan telah diwujudkan beberapa hari lalu untuk menjadi medan penyokong Liyana Manan berkongsikan gambar dan bukti hubungan Hanez Suraya bersama Romie.

Sehingga hari ini, fanpage tersebut sudah meraih 116,000 likes sekitar jam 11 pagi tadi dan dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa selagi Hanez Suraya gagal membuang jauh-jauh egonya dan meminta maaf kepada Liyana Manan.

Semalam, Berita Harian telah menghubungi pelakon jelita itu bagi mendapat ulasannya berhubung pendedahan-pendedahan yang dibuat dalam Facebook Kami Sokong Liyana Manan. Katanya, dia tidak mahu lagi memikirkan perkara tersebut dan memberi amaran akan membuat laporan polis jika pihak terbabit membahayakan dirinya.

“Jika perbuataan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis.”

“Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya.”

0 Response to "Hanez Suraya lapor polis Facebook Kami Sokong Liyana Manan"

Catat Ulasan