7 Keburukan Telefon Pintar Tahun 2020


Keburukan telefon pintar tahun 2020
- Tidak dinafikan kewujudan telefon pintar telah banyak memberikan manfaat kepada kita bukan sahaja sebagai alat untuk berkomunikasi jarak jauh, tetapi juga untuk tujuan mengakses maklumat terkini, alat hiburan dan lain-lain.

Baca ini 5 kebaikan telefon pintar tahun 2020 yang pernah kami kongsikan sebelum ini.

Namun apa yang merisaukan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah ketagihan penggunaan telefon pintar yang berleluasa. Ramai memandang remeh kesan-kesan buruk telefon pintar kerana sikap kita yang acuh tak acuh dan kurang peduli.

Atas sebab itu, kami mengambil inisiatif untuk berkongsi artikel ini dengan menyenaraikan beberapa bentuk keburukan telefon pintar tahun 2020 yang kita perlu ambil serius.

1. Penyebaran khabar angin

Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku apabila khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah member impak yang buruk kepada pihak pihak tertentu.

2. Penyebaran unsur-unsur lucah

Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah dengan adanya telefon bimbit. Kebolehan telefon bimbit untuk memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah memudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan kenaikan kadar kes tidak bermoral di sekolah.

3. Pembaziran Wang

Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlampau banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksa menanggung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah member keuntungan berganda kepada pembekal servis talian.

4. Pembaziran Masa

Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziran masa. Ini berlaku apabila masa banyak dihabiskan dengan bermain “games”, melayari laman-laman sosial, melayan sms/mms dan juga ber”chatting”. Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah menyebabkan masa untuk beriadah, membaca buku, berjumpa kawan-kawan dan masa dengan keluarga telah terhad. Ini memberi impak yang tidak baik untuk jangka masa panjang.

5. Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan berkurangan

Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk dengan telefon bimbit. Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai makan, satu keluarga sedang menunggu pesanan mereka sampai, anak-anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit. Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di masa hadapan?

6. Menjejaskan Kesihatan

Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau lama pada “screen” yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas sms. Di samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

7. Menjejaskan Pelajaran

Keburukan ini khusus kepada para pelajar di mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ianya sekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam telefon bimbit lebih menarik minat mereka daripada mengadap buku pelajaran.

Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan berlaku di mana tumpuan kepada apa yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran untuk membawa telefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh semua pihak. Jangan hanya kerana satu dua kebaikan telah menutup empat lima keburukan. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan membawa telefon bimbit ke sekolah.

0 Response to "7 Keburukan Telefon Pintar Tahun 2020"

Catat Ulasan