Romie akui sudah lamar Hanez Suraya - Sukar sebenarnya untuk menjelaskan tahap kerungsingan kontroversi yang sedang berlaku antara Romie, Hanez Suraya dan Liyana Manan. Ini kerana, pergolakan rumahtangga Romie dan Liyana sudah berlaku sejak tahun 2011 dan berlarutan hingga tahun lalu.
Menurut Romie atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, Hanez bukan punca sebenar keretakan rumahtangga mereka. Perkenalannya dengan pelakon cantik manis itu baru berusia tiga bulan iaitu pada 20 Disember 2013.
Oleh kerana merasa serasi dengan Hanez selepas beberapa bulan berkawan, Romie yang juga ahli perniagaan terus melamarnya serta berterus-terang dengan keluarga Hanez tentang kemelut rumahtangganya.
"Saya lapan tahun bahagia, namun perasaan itu hilang begitu sahaja tanpa sebab kukuh. Saya pun ingin bahagia juga. Mungkin niat saya (berkahwin dengan Hanez)datang terlalu awal. Namun begitu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang melamar Hanez. Sebaliknya, Hanez yang mengeluarkan kenyataan tersebut."
"Bagaimanapun, memang benar saya sudah melamar dia iaitu sebelum dia mengeluarkan kenyataan kepada pihak media. Dia tahu kisah saya. Saya tunjukkan kejujuran dari awal. Saya terus berjumpa keluarganya. Saya terangkan semua. Keluarganya juga tidak pernah mendesak. Sebelum kenal Hanez, saya sudah cuba menjernihkan keadaan."
"Selepas isteri saya keluar dari rumah, saya bagi tempoh tiga bulan untuk taat. Saya cuba menghubunginya namun jalan tersebut menemui jalan buntu. Selepas tempoh tiga bulan, saya teruskan dengan penceraian. Saya tiada pilihan dan saya cuba cari bahagia saya sendiri.”
Sumber : GUA
Tggu la romie dgn hanez ek,,x kan kekal lama mana pun,,,tggu dan lihat je,,,,,liyana manan, hrap sabar,,,,,,tggu dan, tgk je nanti balasan untuk romie tu,,
BalasPadamKalau dah hilang sayang tanpa sebab, ceraikan la, dan buat tuntutan 2 kali, knp x nk cerai lg,,bodoh punya jantan dan betina hanez tu,,,
BalasPadamtak tahan ayat "perasaan itu hilang begitu sahajaja selepas 8 tahun"..
BalasPadamSedang Hangat Diperkatakan
BUat baik di balas balas baik. Buat jahat.. di balas jahat.. sesungguhnya Allah bersama-sama org yg di aniaya.. doa mereka paling mudah di makbulkan..
BalasPadamWait and see..