Sebab Syamsul Yusof teruskan majlis akad nikah, rahsiakan kisah cinta


Sebab Syamsul Yusof teruskan majlis akad nikah - Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof selamat bergelar suami yang sah kepada Puteri Sarah Liyana meskipun masih sakit tenat dan terpaksa kembali ke hospital semalam.

Dalam majlis akad nikah kelmarin, Syamsul kelihatan masih lemah dan berbintik merah di muka kerana dijangkiti penyakit demam denggi dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa lalu. Malah Shamsul juga masih memakai drip di tangan kirinya sebaik saja majlis makan beradap selesai.

Ditanya tentang sebab utama tidak mahu majlis akad nikah ditunda ke tarikh lain, anak sulung Datuk Yusof Haslam itu memberitahu, dia tidak mahu menyusahkan banyak pihak memandangkan segala persiapan sudah dibuat sejak sebulan lalu.

“Saya tetap ingin meneruskan majlis akad nikah pada tarikh ini (8 Mac) kerana tidak ingin menyusahkan banyak pihak. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kelancaran majlis pada hari ini dan kesihatan saya juga lebih baik dari hari-hari sebelumnya.”

Dalam pada itu, Syamsul turut mengelakkan untuk menceritakan kisah cintanya dengan Puteri Sarah Liyana kerana takut timbul fitnah. Katanya, apa yang penting dia melihat Sarah boleh menjadi isteri yang solehah walaupun masih mendalami Islam.

“Saya tak nak komen kerana perkara ini jika cerita boleh membawa fitnah dan jika tidak bercerita pun boleh kena fitnah jadi saya rasa lebih baik hanya kami berdua saja yang tahu kisah di sebalik bibit perkenalan kami."

"Saya melihat Sarah boleh menjadi seorang isteri yang solehah. Saya juga masih mendalami Islam dan apabila sudah berkahwin lebih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk membimbing isteri ke arah yang lebih baik.”

0 Response to "Sebab Syamsul Yusof teruskan majlis akad nikah, rahsiakan kisah cinta"

Catat Ulasan