Hubungan halal Diana Amir dan Mohd Habib dikritik peminat

Hubungan halal Diana Amir dan Mohd Habib dikritik peminat - Apa dah jadi dengan pemikiran segelintir peminat zaman sekarang? Ada yang mempertikaikan hubungan halal Diana Amir dan Mohd Habib hanya kerana mereka sering berkepit apabila datang ke lokasi penggambaran atau menghadiri majlis-majlis tertentu.

Lebih tidak masuk akal, ada peminat turut mempertikaikan tindakan suaminya menemani Diana ketika menjalani penggambaran dokumentari terbitan Al-Hijrah di Indonesia baru-baru ini. Kalau difikirkan secara logik, bukankah suami dan isteri yang berkepit satu perkembangan baik dalam perhubungan mereka?

Diana yang dihubungi media berhubung isu tersebut meluahkan rasa terkilannya dikritik peminat meskipun Mohd Habib adalah suaminya yang sah. Kata aktres berusia 28 tahun itu, lebih baik berkepit dengan suami kerana dapat mengelakkan fitnah.


9 Responses to "Hubungan halal Diana Amir dan Mohd Habib dikritik peminat"

  1. Apa masalahnya...benda halal..lebih baik dari berkepit ngn suami org yg xtentu halalnya.

    BalasPadam
  2. sudah akhir zaman, benda yg halal tidak disukai.....sudah2 la tu masyarakat oiiiii......jaga hubungan anda dgn allah tu lebih baik.

    BalasPadam
  3. Tindakan Diana tu baik. Kenapa benda baik peminat hendak kritik. Di luar sana lebih ramai pasangan yang tak halal melakukan maksiat, kenapa tak kritik??? Jangan fikirkan keburukan orang sahaja. Kita ini belum tentu mati dalam keadaan beriman. Apa pun, saya sokong Diana Amir dan suaminya...Both of you..so sweet!!

    BalasPadam
  4. Benda sah2 halal hilang akal apa nk kepoh2 ...manusia akhir zaman yg halal dipertikai yg bkn muhrim disanjung bagai ....

    BalasPadam
  5. Biar ja la.dh suami dia.xkan ad suami nk tggalkan pula..msti kes cmburu ni...ntah ap2

    BalasPadam
  6. kang kalo gi solo org kata rumah tangga berantakan plak..

    BalasPadam
  7. Yg halal di kritik .. itu la .. ini la .. tp nora danish tu kepit sana sini leh lak kata suwett nye .. caring nye .. romantik nye .. ape la .. xpaham ngan org camni .. sebenar nye ko tu nak apa ye ..

    BalasPadam
  8. Biarlah dia nak bawak suami dia. Benda dah sah. Nak pertikaikan pulak. Cemburu tak kena gaya.

    BalasPadam