Surat terbuka wanita misteri kepada Abby Abadi isu malukan bekas suami

Surat terbuka wanita misteri kepada Abby Abadi isu malukan bekas suami - Susulan kes penceraian ketiga membabitkan bekas pelakon terkenal, Abby Abadi dengan Farhan semalam, ramai peminat lebih menyebelahi nasib lelaki muda itu.

Ada yang berpendapat, tindakan Abby mencakar Noor Farhan sehingga mengalami luka-luka kecil dan lebam di bahagian muka dan lengan dianggap keterlaluan dan terlalu mengikut emosi. Meskipun begitu, dakwaan terbabit telah dijawab Abby melalui mStar Online hari ini.

Terbaru, seorang wanita misteri hanya dikenali dengan nama Kjee telah menulis sepucuk surat terbuka buat Abby Abadi.

Isi kandungan surat itu ialah mengenai luahan Kjee berhubung sikap Abby suka menggunakan pihak media untuk menjawab semua tuduhan dari bekas suami. Mari baca di bawah untuk lebih lanjut.


Assalammualaikum Arbakyah.

Maaf jika nota ini Kjee tulis secara terbuka. Kjee lebih suka berterus terang dan telus.

Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC, Bakyah jer), berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang, Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.

Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt, namun itu hak awak sebagai seorang manusia.

Apapun Arbakyah, Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu, ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.

Kalau dulu, awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu, sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga.

Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu. Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak 'menghangkut satu lori' wartawan media cetak dan jugak elektronik, untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.

Kini, episod budak Farhan pulak. Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.

Langit tak selalunya cerah. Sebagai wanita, kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah swt.

Walaupun jodoh tidak berpanjangan, seharusnya sebagai wanita, yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini, awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan. Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu, seorang yang cukup matang. Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang. Apa-apa jerlah.

Tetapi setelah jodoh tidak panjang, sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!

Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam.

Kjee mohon Arbakyah duduk semeja dengan rakan karib awak, Shasha Saidin. Contohi cara Shasha menangani masalah rumahtangganya. Walaupun tidak bertudung litup seperti awak, namun cara Shasha rasanya lebih Islamik dan sopan bagi seorang Muslimah! Kjee pernah menulis mengenai Shasha di SINI.

Sudahlah Arbakyah. Tak payah bukak lagi pekung rumahtangga awak. Dia bagi kenyataan, awak balas. Dia kan budak hingusan. Melatah ikut naluri anak muda. Tapi awak yang sepatutnya lebih matang sebab sudah tiga kali berkahwin, tak perlu melatah!

Do not wash dirty linen in public!

Apapun cara awak pertahankan diri awak, your haters tetap tidak menyebelahi awak! Walaupun mereka jugak tidak mahu menyebelahi Farhan, namun jauh di sudut hati mereka, mereka tetap lebih mengasihani budak muda tersebut.

Alangkah elok dari mula lagi awak kata sebegini :"Jodoh kami hanya setakat ini. Harap-harap selepas ini saya tidak mengulangi apa jua kesilapan yang saya buat sebelum ini." Noktah! - Dapurkakjee

43 Responses to "Surat terbuka wanita misteri kepada Abby Abadi isu malukan bekas suami"

  1. jap2!! bila masa abby dh kawen 3 kali? norman hakim dulu suami kedua dia? aku yg tak tau ke kakjee ni yg bongok? hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kjee tu dulu wartawan hiburan. Dia tahu semuanya....

      Padam
    2. abby abadi kawin 3x..sblum norman ade abby pnh ade suami..

      Padam
    3. Ko yg bongok kott... mmg norman laki kedua. X ramai yg tau hal ni

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Alah lelaki klntan ni mmg xguna pun...xpnh nk setia..mulot mnis n slu buat ayat smpati untuk mempergunakn pompuan...huhuhu

      Padam
    6. Alah lelaki klntan ni mmg xguna pun...xpnh nk setia..mulot mnis n slu buat ayat smpati untuk mempergunakn pompuan...huhuhu

      Padam
  2. aah betul lah.heran gak bile bace.lantaklah

    BalasPadam
  3. Abby kan kwn 2x ngan norman. Cmpur farhan jd 3x kawin la. Dia bkn ckp 3 suami pn

    BalasPadam
  4. Farhan ade kudrat untk menepis segala keganasan abby, tp pelik knp die mcm pindan jer. pastu baru skrg nk uat cerite. one more thing, knp sy x rase abby akn menggila tnpa ape2 reason. mst husband die ade uat sesuatu yg uat die emosi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Kalau saya di tempat Abby, alang alang cakap mat lembik camtu, bawak balik rimau baham kan terus mat hingusan Kak Jee label kan tu.. dengan Kak Jee kepohci ni sekali baham.. buang karan je konon nasihat kan.

      Padam
    2. Setuju jgk! Farhan lelaki..abby perempuan..seharusnya boleh pertahankan diri..setakat cakaran je ponn..lembik..then, dia ckp sbb dia buat laporan polis tu adlah sbb utk kegunaan di mahkamah JIKA proses penceraian tu rumit..tp proses lancar, then, KENAPA nak tunjuk jgk laporan tu??? Rasa rugi kot 'point' yg penting tu disimpan je. Ckp tak serupa bikin.

      Padam
  5. Sblm jd artis, abby dah penah kawen

    BalasPadam
  6. Yerp...masa dgn elite abby tu mmg dah MJ.

    BalasPadam
  7. Kjee ni propa... Kata kenal dng family abby.. Tp nama kakak abby lupa.... To kjee.. Tolong jng keji sngt n jga laki sndiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu.. memandai pula tu peiih!!!

      Padam
    2. Kes kawin dan cerai artis2 ni dah selalu sngat di perbesarkan oleh wartawan dan media...klw rasa nak baca saya klik klw tak skdar bc tajuk besar..tapi tulisan dan teguran pd abby olh bekas wartawan popular yg jgk adik kpd ahmad fauzee tu agak keterlaluan...sangat2 mmbuka aib...apa yg pasti wartawn yg mnulis ni fahaman politik dia brbeza sngat dgn abby..blh dia mntak abby mnrujuk pd shaha wlw xbrtudung tp lbh brhemah dia kn wartawan,wartawan semunya betul.....
      Waallahua'lam..

      Kalau wartawan ni tak heran....dia penah burukkan ahmad fauzee dgn bekas isterinya dulu...mmg dahsyat dia ni....aikkkk....yg dia tu membilang laki...dia x citer??pernh kawin dgn bdk lelaki umur 18....loya rasa!!buekkk...hehe...

      mak cik Jee buka aib org...kisah silam dia pulak diselak org...benarlah zaman ini Allah bayar cash...apa yg berlaku ketentuan Allah..usah kita memandai campur tangan..kain org cariknya seinci..kain kita terbelah sejengkal..

      Padam
    3. i pun nak muntah kat muka MakJee ni BLUEKKKKKKK!!!!!

      Padam
    4. harap abby x sentap ngan teguran makcik ni...anggap je la org yg sedang meniti usia emas & sedang berubah hormon...dia bajet dia tau segalanya tentang retis...mentang2 la pernah jd wartawan hiburan....dari zaman dia jd wartawan dulu lagi x pernah suka ngan mokcik ni...
      rilek2 sudeyy ye abby...

      Padam
  8. mmg si abby dh kawin sblum.ngn norman

    BalasPadam
  9. betul la gitu.. habis takkan nak diam je bila org hentam dia kat media. Lgipun bukan Abby yg dulu mburukkan bekas suaminya tu. Tindakan Abby cuma utk mpertahankan diri. Percayalah... klu kjee yg kena sendiri, lagi teruk agaknya dia hentam kat media. almaklum bekas suku sakat media jg. Nasihat org pndai, yg ko tulis surat masuk media internet ni pehal pulak. kain org lain carik nampak, kain sendiri koyak rabak ta nampak peiih!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok cakar mulut KJee ni sekali. Cermin tak cukup jernih agak nya nak tengok diri.
      Podah lah Kjee!

      Padam
    2. yeah saya sgt sgttttt setuju dengan pandangan anda!...

      Kjee (Blogger) tidak sepatutnya buat macamtu kat abby.. kat dia juga wanita... (ataupun dia ada dendam lama yg tak terbals kott).. tulisan dia berkenaan abby sgt sgt mengjengkelkan.. (I pun bukan peminat tegar abby (tapi sebgai ibu dan wanita... saya faham masalah abby).. Ygbenar..cinta.

      Padam
    3. menyokong sesuatu yang tidak betul??? biar benar korang ni.. Allah kan ada?? kalau dah lupa aku nak ingatkan makcik-makcik sekalian.

      Padam
    4. kak jee ni sape....sibuk nk popular ke....muka buruk tkde bakat jgn sibukkk la kak jeee....

      Padam
  10. Saya pun nak nasihat kan KJEE.. supaya bertaubat! Mat hingusan KJee label kan tu, kalau dapat kat kucing saya , di gigit nya halkum sampai tercabut keluar!! Buang karan je jadi jantan muda

    BalasPadam
  11. pooraahhh...stakat kenal time kecik2 dulu...x kan la kita blh smpai menilai org smpai dia mati...lain la kalu dok sebumbung....
    tegur cara terbuka gini bukan menegur nama nya...tp membuka aib org...sy bukan peminat abby...tp x suka cara makcik ni menegur org cam ni...cam bajet bagus je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ini Kjee dapat hits yang dasyat dalam blog ekoran entri NOTA UNTUK ARBAKYAH MANAN. Hampir 100,000 sehingga pukul 11.15 malam. Tetapi yang maki hamun dan menghamburkan pelbagai kata2 kesat menerusi page Roti Kaya dan juga blog Kjee, tak sampai 300 orang. Alhamdullilah ramai yang baca dan mungkin mereka mendoakan agar Arbakyah Manan tidak lagi menjaja semua yang dalam kain yer. Wallahualam.

      dari wall nenek jee...dia rasai betul apa yg dia tulis. SUSAH la sebab dia rasakan membuka aib abby itu perlu dan benar. soalan utk nenek ini, adakah ALLAH redha dgn apa yg anda lakukan? tepuk dada tanya iman..kesian sebab suami dia pun SOKONG shj tulisan dia.. sepatut ditegur. tidak perlu dibuka dijaja aib org sbb itu adalah sifat yang hina.... nenda dah tua..jadilah org tua yang matang... soalan utk nenda FS, bila nak btudung serupa abby abadi? bila lagi nak labuhkan tudung sebagaimana yg Quran perintahkan....dia rasa dgn followers yg lbh ramai sokong dan kutuk adalah keberkatan utk dirinya..aduuhhh, kesian nenda ni....membuka aib tu adalah LARANGAN ALLAH..BERDOSA..

      Padam
  12. Apa pon sy auka cara penampilan abby y brtudung litup n sample...pakei tudung pun y simple2 x bkerawang2 lilak lilak....nampak ayu gitu....semoga abby sentiasa dlm lindungan allah swt....

    BalasPadam
  13. buat Abby, tutuplah aib anda.. tidak cukup sekadar berhijab di kepala.. dalam rumahtangga dan perbuatan juga perlu ada hijab. kerana di sana ada aib-aib yang x seharusnya orang lain tahu. yang dah berlaku tu sudahlah.. biarkan saja farhan tu dengan cakaran yang ada. harap2 selepas ini anda jauhkan diri dari sebarang provokasi yang meminta anda membuka keburukan bekas suami. bukan soal ustazah pas atau kjee pro umno di sini. tetapi kerana Allah suruh kita tutup aib pasangan kita. sebab.. yang terbuka akhirnya aib kita. bukan nak back up si farhan tu.. tapi sekarang tak mahu anda memalukan kaum wanita lagi. wanita berhijab adalah lambang wanita yang taat pada perintah Allah. jadi letakkan emosi di belakang dan akal di hadapan..

    BalasPadam
  14. Mmm...media pun main peranan besar bagai menyimbah minyak ke api. Bergaduh baling kunci motor diklasifikasikan sebagai penderaan. Mana x havoc satu Malaya.Untuk Arbakyah. Muhasabah diri.

    BalasPadam
  15. ingatkan kak jee nak nasihat,ngutuk gak rpenye...acaner tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah saya sgt sgttttt setuju dengan pandangan anda!...

      Kjee (Blogger) tidak sepatutnya buat macamtu kat abby.. kat dia juga wanita... (ataupun dia ada dendam lama yg tak terbals kott).. tulisan dia berkenaan abby sgt sgt mengjengkelkan.. (I pun bukan peminat tegar abby (tapi sebgai ibu dan wanita... saya faham masalah abby)..
      ABBY TAK PERNAH BUKA AIB SUAMINYA INI.. LEPAS DICERAIKAN.. LEPAS FARHAN BUKA AIB ABBY... BARULAH ABY BALAS DENGAN KATA-KATA YG BUKAN MENUTUP AIB PUN.. (lain pula DENGAN KES RITA RUD... mmg rita terangan2 dalam media mengutuk suami dan ahli keluarga suami masa itu) sila tafsir sebetulnya.

      MUNGKIN ORG KECAM ABBY SEBAB PASS KOT.

      Ygbenar..cinta.

      Padam
  16. Laaaa kan dulu pernah bercerai ngan norman...pastu rujuk mcmtulh maksud kjee masuk farhan 3x lah....

    BalasPadam
  17. Sy pernah tgk rancangan trek selebriti yg di hostkan jimmy shenley...masa tu pi terjah umah abby pintu bilik tido pecah cam kena tumbuk je....so kat situ kita boleh tau sikapnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. tah2 pecah sbb kunci tgl dlm ke. terpksa pecah kan huhuh

      Padam
  18. Laaaa kan dulu pernah bercerai ngan norman...pastu rujuk mcmtulh maksud kjee masuk farhan 3x lah....

    BalasPadam
  19. awaknipun,,,xtahu janganla nak mengandai pula,,,,,abby pecahkn pntu??
    fitnah ni jika xbenar,mana nk cari dok di PADANG MAHSYAR NANTI YG MMG AZAB....!

    BalasPadam
  20. Komen pribadi aku la.. si abby ni mmng jenis cepat melatah n panas baran kot..ko tgk la kelantangan dia kondem bekas mufti n sound UAI dlm video ceramah2 lepas.. uai tegur generel kot..dia terasa melebey.. aku pernah je loke page abby time zaman2 dia scandal dgn si zul lepas2 dia cerai dgn norman.. time tu dia post satu scene si zul ni belakon jd bapak bisu.. aku time tu melawak ja.. dol nyakat gaya rambut n solekan tua pd boypren dia zul tu.. dan2 lps tu dia boley sound aku..marah2 cko aku ni saja dtg page dia nk carik pasal.. hoho..wtf la abby ni..aku bukan kata dia pon..aku melawak tgk boypren x jadi dia tu ja pon.. hah padan muka lps tu kene tinggal dgn si zul tu.. bengap punya abby..memang jenis kuat melatah..panas baran.. mulut leser..aku c heran ex laki lo cari pompuan cm memey.. sbb ko ni mungkin jenis garang mcm singa n suka aibkan suami

    BalasPadam
    Balasan
    1. ta pasti spe salh spe btol tp yg pasti lepas brcerai jgnlah mmbuka aib rumahtangga sbb akk aby n farhan pernah hidop bersama...norman hakim, satu sekolah n kakak saya, sbb norman hakin tingal di batu 5, kuantan...tp slepas brcerai sya ada dgr kakak sya brkta yg norman pernah brkata mulut akk abg bley tahan, suka @#$%^ sblm dia brtudung litup tp norman kta ta perlu dia mmbuka aib sbb suatu ari org akan taw jugk...tp apa yg brlaku dalam rumah tngga kak aby n farhan brlaku juga pada yg bukan artis tp disbbkan dia artis isu ni meluas and psanan sya jgnlah kita membuka aib sesama psangan kita..mcm kak abby biarkan farhan mmbuka aib tp kak aby mmbiarkan je ( bukan bermkna kita mmbiarkan diri kita dipijak) tetapi kak aby prnah brkhwin so kak abg lebih arif psal ni...wassalam

      Padam
  21. buat kjee..........udah2 lah menghina perempuan yang bertudung atau menutup aurat..........jgn buat perbandingan ye andai anda seorang islam.........perbuatan seseorang dengan menutup aurat tu x sama sekali.....menutup aurat tu di tuntut oleh agama dan Allah.......hang kapir ke..puihhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang ajar betul Nur Fatimah azzahrah..engkau sapa suka-suka nak cakap orang kapir??? inilah BANGSA MELAYU....

      Padam
    2. Cukup-cukuplah,x baik kita sesama islam bergaduh,mengaibkan orang n mengeluarkan kata kesat,malu if org baca semua ni.kita semua sepatutnya kena jaga maruah bangsa islam agar orang x pandang enteng pada bangsa kita.doalah yang baik2 buat kak abby dan lain2. kita manusia yang tidak terlepas dari kesilapan,akan tetapi kena berusaha memperbaiki kesilapan masing2.Ingatan ini untuk saya juga.Kita semua berdamai yerk...barulah negara aman n ceria.go.. go...chaiyo..

      Padam