Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad?

Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad - Pembabitan Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, dalam dunia peragaan bukan baru. Seingat Sha, dia aktif sebagai model sejak berusia belasan tahun.

Wajah cantiknya banyak menghiasi majalah dan kini bergelar pelakon. Kemunculannya dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla mendapat perhatian ramai. 

Drama lain dibintangi si cantik ini Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.

Dalam pada itu, ada khabar angin pengusaha bisnes tudung Nishbyanisalidrus itu kini rapat dengan pelakon kegilaan ramai, Sharnaaz Ahmad.

Sejauh mana rapat tu, Sha tidak pasti tetapi menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Anis dan Sharnaaz saling menyukai.

Melihat keperibadian Anis yang lemah lembut dan pandai bawa diri, siapa tidak jatuh hati. Kalau benar mereka ada perasaan antara satu sama lain, Sha tidak terkejut kerana sebelum ini ada peminat bercerita seronok melihat kemesraan Sharnaaz dan Anis yang sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang bulan puasa ini.

Kata mereka, Anis buka gerai jual tudung manakala Sharnaaz rancak menjual kemeja-T dan serunding daging asli di bawah jenama Sharnaaz Ahmad Garment.

Sha dengar ada juga kenalan Anis bertanya sejauh mana hubungannya dengan Sharnaaz, tapi model dan pelakon itu hanya mendiamkan diri.

Melihat reaksinya, mereka segera ubah topik kerana faham Anis tidak suka membicarakan hal peribadi dan sangat berahsia orangnya.

Apapun, kalau benar bunga-bunga cinta sedang berputik, Sha tumpang gembira. Bertuah Sharnaaz dapat kekasih sebaik Anis. Orangnya sangat istimewa, bukan saja cantik tetapi baik budi pekerti.

Walaupun berasal daripada keluarga berada, Anis sangat merendah diri dan pandai bawa diri. Malah, dia wanita yang sangat berdikari.




16 Responses to "Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad?"

  1. Muke dia mcm leuneiy apek...

    BalasPadam
  2. Mekap betingket tingket cik kak oii.

    BalasPadam
  3. Beg LV tipu! Fake, hahhhaa

    BalasPadam
  4. Pakai tudung nmpak leher, apa daa dei

    BalasPadam
  5. Jual tudung nmpk leher, ko terima la saham dosa tu, sama mcm si amwar, tudung nmpak buah dada

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok la drpd yg xpkai tudung..mudah mudahan nnti bertudung penuh..xmacam anak bini n sedara mara yg ckp ni...ckp pungpang pungpang cam semua sedara mara n anak bini die bertudung labuh

      Padam
    2. Ok la drpd bini pok jib..tudung besar kembang cam sarang tebuan...

      Padam
    3. awk tuhan ke nak menghukum orang...tak baik...biarlah dia dgn allah...kita sendiri tak tau di mana kita nanti

      Padam
    4. korang yg tanpa nama macam i ni takpayah lah dok pongpang ngutuk ore sini gak hok aloh gi mapuh dio la nok wat gapo beg ori ke dok duit mung ko?tambahan.. leuniey aku minat.. jangan kutuk diak thanks

      Padam
  6. Aduhyaiiiii... mngoment pnoh eyhhh.. pastikah korg yg trbaek dlm dnia nk brcrita bab org? Nobody prfect k.. renung2kn lah.. slamat ari rAYA..

    BalasPadam
  7. jeles la tu dok kutuk...ahahhaa..kasian la korg..

    BalasPadam
  8. Hmmm.....plissss laaaaaaaaaa

    BalasPadam
  9. dok bising mmanjang noh.. diam ckit..

    BalasPadam
  10. cantiknya makhluk Allah ni... =) stop being typer warrior ye.. Alhamdulillah dia masih memakai tudung...mana tahu nanti akan lebih labuh?? kenape x doakan??tp duk beronok mengate ni?? meh doakan untuk diri kita sendiri sekali ye... ;-)

    BalasPadam
  11. Hemmmm...Blehlah....

    BalasPadam
  12. Tu la,suka suka mngate org mcm dri bgus sgt

    BalasPadam