Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.
"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.
"Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.
Khaleeda berusia 20-an dan berasal dari Gombak, Selangor pernah kelihatan di stadium menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bersama Tunku Ismail.
Tunku Ismail adalah putera sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik.
Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 dan dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.
Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bharu dan Sekolah Kebangsaan Kebangsaan St. Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.
Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.
Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.










Wanita mcm ni TMJ nak buat isteri ? Dah kalau jodoh namanya pun tak layak la . Sultan dan Raja2 Melayu adalah ketua agama islam tpi mcm ni rupa nak buat menantu ?? Fobia seketika .
BalasPadamsemua orang boleh berubah..kena baik sangka terhadap semua orang. pengakhiran hidup seseorang tiada siapa yang tahu.
Padampikir positif lar bro. camne melayu nak maju duk negatif sokmo macam hang.
PadamAllah s.w.t sudah berjanji
PadamLelaki baik utk perempuan yg baik dan begitu lah sebaliknya...
Wallahualam
Dgn izin allah TMJ berjaya menegakn agama islam
PadamMenegakkan agama???statement raja lawak hahaha
Padamdr nenda sampai ayahanda, consort semua cun2... yg ni x brp la... maybe ayat power kot...rasa2 lawa lg fazura tu..
BalasPadamfazura tak pekej....yang ni cantik, baik, pandai, tak menunjuk2 maknenye tau jaga duit suami...
Padampekej tuuu....sunnah....
Manalah ko tau dia xkan shopping sakan pas kawin.... myb belum tunjuk taring ag kot.. gajah-gajah..tengok suami pun dh tau. Hahahha
PadamSunnah kepala bapak ko haha
Padamdah jodoh, cinta buta ketentuan allah siapa tahu... betul tak .....
BalasPadamAllah hanya akan memeri kita jodoh yg baik,kalo dilihatkan dgn pakaian yg tdk tutup aurat,rambut berwarna,kalo rambut dh brwarna mcm tu,mcmana nk solat?nk amik air wuduk pon tk sah,apatah lg mandi wajib?dlm islam Allah mnyuruh kta memilih isteri yg baik akhlaknye,tutup segala aurat,cantik keturunan dan perangai nye...ni bkn jodoh dr Allah,sbb tu lelaki kena pilih wanita yg btol,sbb nanti kalo istri wat dosa lelaki yg kena tanggung dosa istri...kecuali kalo kedua2nya insaf...
BalasPadamkau ni pandai2 buat fitnah...kowt2 warna tu inai keerr...ko tau kerrr...
Padammcm ko tu baik sgt....maksum kerrr
Ada warna yg di halalkan jakim..warna mahal yg telus air..tak tau jgn komen..berdosa,,cuma nk tanya..puasa dan srmbahyang ko cukup tak???,,,kalau tak,,,tobat dulu, sblm buat dosa baru,,,ya ,,Tanpa Nama...nsma pun takde mcm mane??
PadamAle utooo..ko pn xde nama
Padambangang sendiri xde nama lebih bangang dr keldai
PadamBerbaik sangka lebih baik dari buruk sangka..renung2 kn la..selamat beramal ea
BalasPadamcantik ke mcm ni....rasanya 10x ganda fazura natural.beauty putih mulus...
BalasPadam