10 Foto sekitar proses Raja Azmi dan Eddie CRK bercerai di Mahkamah

Perkahwinan yang baru menjangkau usia setahun sebulan antara penerbit filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman dan suaminya Mohd Eddie Ghazali akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini sebentar tadi.

Mohd Eddie, 46, yang sebak melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi, 55, semalam.

Raja Azmi memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shaiful Azli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan.

Raja Azmi hadir memakai baju kurung pucuk pisang dan berselendang hitam manakala Mohd Eddie memakai kemeja ungu dan berseluar hitam.

Pada prosiding itu, Mohd Eddie tidak diwakili peguam manakala Raja Azmi diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.

Mereka hadir bersama-sama dengan menaiki sebuah kereta pada jam 2.30 petang - Harian Metro

p/s : 7 Keping gambar tersebut diambil dari Murai Batu











0 Response to "10 Foto sekitar proses Raja Azmi dan Eddie CRK bercerai di Mahkamah"

Catat Ulasan