"Tapi, apa boleh buat. Saya sudah berusaha tapi ini sajalah jalannya (bercerai). Apa yang saya lakukan ini bukanlah di atas kehendak saya, tapi demi kebaikan Raja Azmi, saya terpaksa lakukan," katanya kepada Portal Murai.
Jelas Eddie lagi, dia sudah pun memaklumkan kepada pihak keluarganya tentang keputusan mereka untuk bercerai di Mahkamah Syariah Hulu Kelang pada petang ini.
"Seperti saya, mereka juga sedih terutama ibu bapa saya. Kalau boleh mereka tak mahu tengok saya dengan Raja Azmi bercerai dan mengharapkan agar kami dapat bersatu semula.
"Lagipun kedua-dua ibu bapa saya memang amat menyenangi dan menyayangi Raja Azmi. Tapi, oleh kerana ini (bercerai) adalah kehendak Raja Azmi sendiri, maka mereka pun terpaksa akur dan meminta saya melepaskan Raja Azmi secara baik.
"Dalam waktu yang sama, mereka masih mengharapkan agar kami dapat kembali. Dan, suatu hari, kalau ditakdirkan kami rujuk balik sebagai suami isteri, mereka juga masih mahu menerima Raja Azmi sebagai menantu mereka," katanya.
Raja Azmi mendirikan rumahtangga dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya. Mula berkenalan pada 15 Februari tahun lalu sewaktu menonton showcase kumpulan NRG, Raja Azmi dan Eddie kemudian menjalinkan hubungan cinta hingga mengikat tali pertunangan pada 15 Julai tahun yang sama, diikuti dengan majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah yang bertemakan garden wedding.
Menurut Raja Azmi lagi, dia sudah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya tetapi akhirnya dia terpaksa akur bahawa perceraian adalah satu-satunya jalan yang tinggal.
Kemelut Raja Azmi dengan Eddie bermula selepas wujudnya perselisihan faham di antara mereka yang berpunca daripada Raja Azmi sendiri apabila keluar dari rumah dengan tidak meminta izin suami.
Mengakui bersalah di dalam hal ini, namun Raja Azmi akui tidak dapat menerima cara teguran Eddie terhadap dirinya yang disifatkannya sebagai sedikit keterlaluan serta melukai hati kecil wanitanya.
Sejak tercetusnya perselisihan tersebut, Raja Azmi dan Eddie berpisah rumah sejak hujung bulan Ogos yang lalu sehinggalah ke saat ini. Beberapa perbincangan untuk memulihkan rumahtangga mereka telah dilakukan, namun ia menemui jalan buntu.
Raja Azmi telah pun memfailkan perceraiannya dengan Eddie di Mahkamah Syariah Hulu Kelang dan lafaz cerai mereka bakal dilakukan di mahkamah syariah pada petang ini. - PORTAL MURAI.
ntah pape perangai.. dah tua2 ni bawak berpikir la raja azmi.. engko tu bukannya muda lg yg mahu dimanjakan mcm budak kecik! bawak2 la muhasabah diri!
BalasPadamInilah silapnya lelaki.. Bukan tua atau muda.. isteri perlu dijaga setiap masa kerana fitrahnya lembut semulajadi.. sblm kawen jaga bukan main.. bila dh kawen.. kebaikan yg isteri buat tak penah nmpak.. bila isteri minta cerai, isteri disalahkan 100%.. isteri yg minta cerai ni sebabnya tahap kebosanan dgn sikap tak ambil berat suami ni dh over limit... tak semua perempuan sama.. ada over limit bila dh 20 thn kawen, ada isteri yg bosan over limit bila dh 15 thn kawen, ada yg lepas sethn kawen.. so suami2 yg dh terasa2 wife sendiri tu dh mula bawak diri.. senyap dan jarang bercakap dgn suami tu.. baiklah berubah sikap... ambil berat spt sblm berkahwin atau spt semasa mula2 berkahwin.. anda akan terlambat bila isteri dh buat keputusan muktamad.. nangis airmata darah pun dh tak berguna waktu tu.. #dhstartbosannganLakiaku.. Nooradzliena bt Abu Mansor.. Pakar Kaunseling SK Tmn Mutiara Rini, Johor Bahru.
BalasPadam