Luahan hati TMJ sebaik JDT kalah kepada Pahang di Final Piala Malaysia 2014

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim kerana telah berusaha sedaya upaya mereka. Dan tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana sentiasa setia bersama pasukan walau apa rintangan mendatang. Terima kasih kerana bersatu sebagai rakyat Johor dan memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan dan kesayangan kita.

Kepada rakyat Johor sekalian,

Peristiwa yang lalu tidak dapat diubah, tetapi kita mampu mempengaruhi masa depan. Kejayaan bukan diukur dengan kedudukan seseorang itu, tetapi dengan segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Musim ini merupakan satu musim yang baik untuk JDT. Tentunya ia lebih hebat sekiranya kita menang pada malam ini, tetapi kita perlu terima keputusan ini dan terus maju kehadapan, kerana hidup mesti diteruskan. Kita telah berusaha terlalu gigih dan terlalu lama untuk membiarkan sesuatu menjadi penghalang bagi mencapai matlamat yang kita idamkan. Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.

Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.

Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.

Hidup Johor Demi Johor

Jumpa lagi di musim hadapan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.


Sumber asal : JOHOR Southern Tigers

4 Responses to "Luahan hati TMJ sebaik JDT kalah kepada Pahang di Final Piala Malaysia 2014"

  1. Balasan
    1. kau apa kena.....ada tmj menyusahkan kau ker yg kau nak boo...booo dia....kalau berani declarelah diri

      Padam
    2. Kunci segala kejayaan ialah.. sentiasa hormat dan berfikiran tidak sombong dan angkuh.. sentiasa rendah diri.. aku puji habis2an team yg menang final tu.. sebab sikap team tu yg xpernah berlagak dan sombong dari pelawanan peringkat kumpulan sampai ke peringkat akhir.. mereka xpernah sombong walau pun mereka juara tahun lepas dan paling penting kepala pemimbing atau pun kepala jurulatih dorang xpernah ajar ank buah atau pun rakyat dorang berlagak,sombong dan tidak hormat pada tempat perlawanan.. aku ramai saudara kandung yg menetap kt johor (pasir gudang).. tapi aku harap semua negeri terutama kelantan dan jdt.. ambil sikap pahang sebagai contoh meningkatkn rasa hormat dalam perlawanan bola sepak ni .. jgn asyik bersikap berlagak,sombong dan bersikap perkauman terutama kelantan dan jdt.. belajar rasa hormat sikit..jadi macam pahang.. jdt patut ambil iktibar tengok kelantan kerana dulu bersikap berlagak, dan perkauman tengok tahun ni senyap je..itulah balasan yg mereka terima.. ingt jgn berlagak ,sombong dan bersifat perkauman sebaliknya harus ada rasa rendah diri hormat dan bersatu rakyat malaysia.. baru boleh pergi jauh keperingkat antara bangsa.. baru orang luar hormat kat kita.. ingat tmj jangan jadikn jdt seperti kelantan..!

      Padam
  2. Bojan Hodak sebenarnya perlu tanggung semua ini. 50 minit main lawan 10 orang Bojan tak buat apa2 strategi, cuma tukarkan pertahanan dengan pertahanan dan pemain tengah dengan pemain tengah. sepatutnya masukkan lebih pemain serangan untuk beri tekanan pada Pahang. Tengok Pahang apabila kehilangan Poyeng mereka keluarkan Conti dan masukkan Zesh. Ini baru strategi betul, iaitu strategi yg dilakukan oleh mana2 jurulatih kecuali Bojan Hodak.

    BalasPadam