Namun menerusi temubual eksklusif dengan Berita Harian hari ini, Dynas Mokhtar akhirnya buka mulut dan mengakui yang kisah penceraian mereka pada Februari lalu benar belaka dan mereka sudah pun tamat tempoh edah sekitar Mei yang lalu.
“Masalah komunikasi menyebabkan hubungan kami jadi hambar. Tak macam di awal perkahwinan komunikasi menjadi teras kekuatan kami. Kami berkongsi itu dan ini. Tapi ketika kami bergelut mempertahankan perkahwinan ini, masing masing buat hal sendiri,” jelasnya.
Dynas Mokhtar menambah yang pada mulanya masalah mereka hanya perkara kecil namun ianya berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi. Tetapi, beliau menafikan yang ianya berpunca dari isu bekas suaminya itu yang tidak mempunyai kewangan yang stabil.
“Kami pernah cuba untuk mengatasi kehambaran yang timbul tapi ternyata perpisahan menjadi jalan terakhir buat kami. Kami masih menjadi kawan baik biarpun sudah tidak bersama malah beraya naik satu kereta dengan anak anak,” tambahnya lagi.
Perkahwinan yang dibina bersama Hafiz Hafizy pada 15 Mac 2008 terpisah secara rasmi pada 25 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan KL.
0 Response to "Punca sebenar Dynas Mokhtar bercerai dengan Hafizy Hafiz"
Catat Ulasan