Tanyalah kepada mana-mana pasangan berkahwin pun, pastinya perceraian menjadi perkara yang mahu dijauhi.
Tetapi siapa yang mampu melawan kehendak takdir, andai perceraian juga menjadi penyelesaian terakhir dalam sebuah perkahwinan.
Baru-baru ini tersebar cerita kononnya adik kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Saida, Siti Sairah dikatakan sudah bercerai dengan suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober lalu di mahkamah di Kuantan. Pasangan itu dikurniakan seorang anak.
Ketika ini, Sairah belum mengulas berita berkenaan. Cuma di laman Instagram miliknya, Sairah ada menitipkan coretan terima kasih kepada yang mendoakan serta memberi semangat di atas apa yang terjadi.
Katanya lagi, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Sementara itu, BH Online dihubungi Saida sebentar tadi berkata, sebagai kakak, dia pernah melalui apa yang dialami adiknya itu. Saida sudah tiga tahun hidup bergelar ibu tunggal.
"Kisah cerai berai ini iyalah kalau boleh untuk simpanan sendiri saja. Nak cakap lebih tak molek pula. Sebagai kakak, saya hanya mampu menyuruh dia (Sairah) kuat. Soal cerai ini memang perkara berat dan ia memang satu-satunya perkara yang kita nak elak.
"Saya harap dia dapat menerima suratan ini dan reda dengan segala apa yang tertulis. Apa saja keputusan dan ketentuan, kita sebagai hamba-Nya harus kuatkan semangat," katanya.

Sumber asal : Berita Harian
0 Response to "Respon Saida, kakak Datuk Siti Nurhaliza isu penceraian Siti Saerah"
Catat Ulasan