Sebab sebenar Rozita & Zain enggan dedah wajah anak perempuan mereka - "Kalau diikutkan hari ini (1 November) adalah tarikh yang dicadangkan doktor untuk dia bersalin. Sebaik tiba di hospital doktor kata dia sudah boleh bersalin dan terus ditahan," kata Afeeq Abdul Wahab, pengurus kepada Rozita Che Wan.
Mengenai kelahiran bayi perempuan pelakon dan pengacara itu, ia dilahirkan pada jam 2.18 petang tadi di KPJ Ampang Puteri.
Afeeq yang dihubungi berkata, pihaknya tidak menyangka proses bersalin Rozita, 41, berjalan dengan lancar dan teratur.
"Macam tak percaya saja sebab semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Malah pagi tadi sebelum ke hospital kami sempat sarapan nasi lemak dan bergurau macam biasa.
"Dia menunggu dalam bilik bersalin lebih kurang lima jam dan bersalin secara normal. Alhamdulillah Rozita dan bayi selamat dan okey," katanya.
Bayi perempuan yang masih belum diberikan nama itu adalah anak pertama Rozita hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.
Sebelum ini, Rozita turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan lalu.
Pada pertengahan bulan lalu, kekecohan timbul semalam apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mempersoalkan relevan disebalik keputusan hospital itu untuk menaja kos bersalin golongan artis yang berkemampuan berbanding membantu kos perubatan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Dalam kenyataannya kepada Harian Metro, Rozita berharap isu penajaan itu tidak disensasikan kerana ia adalah rezeki dan peluang yang dihargainya atas kepercayaan diberikan hospital berkenaan.
Afeeq berkata, Rozita masih ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan keluar dalam masa sehari dua.
"Rozita tak dibenarkan untuk diganggu dan dia masih berehat di hospital. Tapi mungkin hanya sehari dua saja.
"Buat masa ini kami tak dapat dedahkan dulu gambar bayi sebab dah ada perjanjian eksklusif dengan pihak Astro," katanya - HARIAN METRO.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tahniah diucapkan utk pasangan sejoli ni.
BalasPadam