Umum mengetahui, pelakon Rozita Che Wan, 41 telah selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, pada Sabtu lalu.
Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.
"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.
"Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut.
Selepas Rozita bersalin, beliau menerima kunjungan ahli-ahli keluarga termasuk kakak Zain Saidin, Shasha dan ibu merek. Jom tengok wajah sebenar ibu Zain yang amat manis bertudung di sini.
0 Response to "Wajah sebenar emak Zain Saidin"
Catat Ulasan