Luahan sayu Alyah selepas Ramli MS kahwin wanita lain

Tanda tanya mengenai gambar wanita di sebelah konduktor muzik dan komposer terkenal Datuk Ramli MS yang dimuat naik isterinya yang juga penyanyi Alyah di Instagram tadi terungkai apabila Alyah tampil membuat pengakuan wanita terbabit mendakwa sudah berkahwin dengan suaminya.

Alyah ketika dihubungi Harian Metro turut mengucapkan tahniah kepada wanita yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana berjaya mengahwini suaminya.

Alyah berkata, dia menjumpai gambar itu di dalam telefon bimbit lama milik Ramli namun tidak pasti bila mereka berkahwin.

“Hati dan hidup saya sudah hancur. Dah tak bermakna lagi. Apa salah saya? Tidak cukupkah pengorbanan yang saya lakukan?” katanya.

Sementara itu, Ramli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta wartawan bertanya sendiri kepada Alyah.

“Tanya dia kerana dia (Alyah) yang masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ini dia yang masukkan. Saya minta maaf,” katanya - Harian Metro.


0 Response to "Luahan sayu Alyah selepas Ramli MS kahwin wanita lain"

Catat Ulasan