Loya tekak kami tatkala melihat aksi menjilat mangkuk tandas oleh seorang rekrut tentera di Chengdu, #Wilayah Sichuan di China.
Alkisahnya, seorang jurulatih tentera yang dikenali sebagai #Sarjan Cai Peng telah mengarahkan para rekrut baru supaya membersihkan asrama dan tandas mereka.
Bagaimanapun, sebaik sahaja dia membuat pemeriksaan, jurulatih tersebut berang dan menjerit kerana tahap kebersihan di tempat itu tidak mencapai piawaian yang diingininya.
Dia lantas mengugut mahu menjatuhkan hukuman kepada para rekrut tersebut.
Namun secara tiba-tiba, seorang rekrut yang dikenali sebagai #Ho Liao tiba-tiba bersuara:
“Maafkan saya tuan. Saya tak setuju dengan apa yang tuan katakan dan mohon izin untuk membuktikannya.”
Tindakannya itu sememangnya mengejutkan semua termasuklah jurulatih tersebut sehingga dia meminta kesemuanya bersurai tanpa sebarang hukuman.
Sumber: Hitamputih
0 Response to "Amat Menjijikan! Gadis 17 tahun ini relaks saja jilat lantai dan mangkuk tandas kerana mahu buktikan kebersihannya"
Catat Ulasan