Anis dedah perangai sebenar ibunya, Karen Rahman yang memfitnah Maria Farida rampas suaminya

Minggu lepas, Maria Farida didakwa oleh satu laman gosip sebagai perampas suami dan peruntuh rumahtangga pengasas KR Beauty Care iaitu Karen Rahman. Menurut gosip itu Maria turut menggunakan ayat guna-guna (mandrem) untuk mendapatkan lelaki berkenaan.

Pada awalnya ramai yang seakan tidak mengambil peduli akan gosip tersebut tetapi perkara ini telah disahkan sendiri oleh Karen menerusi akaun Facebooknya bahawa Maria telah merampas suaminya.

Semalam, Melodi TV3 telah menemubual Maria Farida dengan anak-anak Karen untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari mereka. Maria mengakui dia dan bekas suami Karen sedang menjalinkan hubungan. Apabila ditanya mengapa dia membiarkan dirinya dituduh merampas suami Karen kerana duit dan gilakan harta, dia menafikannya:-

"Kerana saya tahu ia tak benar. Saya bekerja dah 25 tahun. Saya boleh survive. Saya boleh besarkan anak dengan duit hasil penggambaran sahaja. Jika saya nak kaya-raya, dah lama saya kahwin. Saya mencari seseorang yang boleh betul-betul sayang saya kerana diri saya yang sebenar.

Saya dah terfikir bahawa orang ramai akan menyalahkan saya. Mereka bercerai, saya tiada kena-mengena. Saya tidak rampas suami sesiapa. Orang yang tuduh saya itu sudah dua kali cerai. Dia saja nak burukkan nama saya.

Dia mendakwa saya yang mengganggu dan hancurkan rumahtangganya. Itu tidak benar. Dia kata saya berhubung dengan suaminya. Sudah tentu saya berhubung dengan mereka berdua kerana kami memang rapat sejak dua tahun lepas termasuk dengan anak-anaknya. Suaminya ialah majikan saya (Maria ialah bekas duta produk keluaran Karen Rahman dan bekas suaminya)."


Ikuti komen-komen dari anak-anak perempuan Karen Rahman tentang ibu mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Maria turut menafikan bahawa dia mengatur langkah untuk menghubungi bekas suami Karen dengan niat jahat:-

"Saya berhubung dengan dia dan suaminya ialah kerana dia sendiri menyuruh saya hubungi dia tentang pengesahan kontrak. Saya keluar masuk ke rumahnya kerana dia yang menjemput. Sebagai duta, saya kena dengar cakapnya.

Saya berhenti menjadi duta produk itu pada Ramadan lepas kerana dia berhenti membayar untuk perkhidmatan saya dengan alasan hasil jualan tidak memberangsangkan, padahal sebenarnya jualan meningkat. Dan saya tidak saman dia, tidak ambil apa-apa tindakan.

Semasa saya keluar dari syarikat itu mereka memang sudah bermasalah dan bergaduh. Saya tinggalkan mereka dan saya tak tahu apa-apa. Kalau dia teraniaya kenapa keempat-empat suami ceraikan dia? Saya lagi yang jahat kah?

Dia yang hentam saya di Facebook dan Instagram, telefon saya setiap hari, mesej, maki hamun semua, ugut saya melalui anak-anak, sampai nak simbah asid ke muka saya, nak upah orang tembak saya, langgar saya dengan kereta. Dan baru baru ini kereta saya kena simbah dengan cat merah. Saya dah beberapa kali membuat laporan polis. Tetapi, saya masih tak mengambil apa-apa tindakan kerana saya tak mahu perkara ini berlarutan."


Ketika ditanya sama ada Maria tidak memberikan peluang untuk Karen berbaik dengan bekas suaminya, pelakon jelita itu memberitahu:-

"Saya dah tanya, mereka kata tidak, mereka tak mahu Papa dan Mamanya kembali bersama. Saya dah cakap, kenapa tak tengok, mungkin mereka boleh bersama semula supaya saya boleh pergi dari hidup mereka."

Anak perempuan Karen yang bernama Anis menceritakan perangai sebenar ibunya:-

"Kak Maria tidak pernah suruh atau hasut Anis untuk buat apa-apa kenyataan sebagai anak yang dia tak pernah peduli. Dia lahirkan Anis dan tinggalkan Anis kepada keluarga nenek sebelah Papa. Dia kembali semasa Anis berumur 21 tahun. Memang dia jaga (Anis) elok-elok untuk kawan-kawan dia tengok. Tapi jika rumah dia maki hamun sampai dia paksa Anis kahwin dengan pilihannya sendiri. Setelah dua bulan, Anis mengandung dan bekas suami Anis tidak serasi dengan mak Anis kerana mak mengajak Anis keluar untuk berseronok di kelab malam. Bekas suami Anis dihalau dari rumah dan Anis diberi dua pilihan. Gugurkan anak dan kembali pada emak atau ikut suami. Tetapi Anis memilih suami Anis. Setelah ada Danish (anak Anis), Anis balik berjumpa emak kerana rindu.

Semasa Anis dalam pantang, Anis dengar dia (emak) kena tangkap basah. Papa beri dia peluang untuk berubah. Setelah dua tahun, dia kembali keluar malam, masih berhubung dengan lelaki yang ditangkap basah dengannya. Tahun lepas dia paksa Anis bekerja yang tak elok, melayan ******. Itu emak ke? Papa dan emak bukan tak mampu jaga Anis.

Anis tidak buat seperti permintaannya, tetapi Anis dihalau dari rumah. Kemudian pembantu rumahnya lari, baru Anis dipanggil balik ke rumah kerana tiada siapa yang hendak menjaga adik-adik. Habis bekerja, Anis terpaksa bergegas balik rumah untuk memasak buat adik-adik. Mereka telefon saya di pejabat beritahu mereka lapar dan tiada apa untuk dimakan. Papa kata mengapa adik tidak tanya pada emak, mereka jawab emak ada dalam bilik tak henti-henti bermain telefon.

Nenek telefon Anis beritahu tentang betapa teruknya dia layan emak dia sendiri. Nenek yang tak sihat tu kena **** dekat rumah, nenek sendiri mengaku dia dah habiskan beribu untuk ****kan Papa, tetapi nak bagi nenek dua ratus untuk beli ubat tiada duit."


Aabila ditanya oleh Michelle Melodi kepada kedua-dua orang anak Karen iaitu Anis dan seorang lagi masih kanak-kanak, keduanya mengatakan tidak. Yang kanak-kanak itu mengatakan dia memilih Auntie Maria Farida dengan Papanya:-

"Kerana Mummy marah dan bergaduh dengan Papa. Mummy saya tipu dan adik beradik saya juga disuruh menipu Papa jika tidak kami akan dimarahi."


Anis memberitahu:-

"Papa tak gembira bersama emak Anis. Mummy layan Papa teruk, tak jaga makan minum Papa, tak hormat Papa. Anis tak salahkan kak Maria kalau kak Maria boleh jaga Papa. Kak Maria bukan perampas."

Namun begitu Maria memberitahu dia amat terkesan apabila anak lelakinya turut diheret dan dikutuk oleh orang ramai. Dengan sebak, dia menjelaskan:-

"Perkara yang menyakitkan saya ialah apabila ia melibatkan ahli keluarga saya. Macam mana pun orang hentam saya, saya boleh terima tetapi bila ia memberi kesan pada keluarga saya, ia melukakan hati saya.

Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ibu saya pun ada tanya sama ada saya pasti yang saya mahu teruskan perhubungan (dengan bekas suami Karen). Saya kata, ya. Dia seorang lelaki yang sangat baik. dia boleh jaga saya dan anak saya. Kalau jodoh saya dengan dia, saya terima. Kutuklah macam mana pun, kamu semua tak tahu cerita yang sebenar."


Kadang kala masalah orang lain sebenarnya lebih kompleks dari apa yang kita ketahui dan boleh ketahui. Hanya mereka yang terlibat saja yang tahu apa sebenarnya yang telah atau sedang berlaku. Kita ikuti apa penjelasan dari Karen Rahman berhubung perkara ini dalam entri kami yang seterusnya.

Sumber: Beautifulnara

0 Response to "Anis dedah perangai sebenar ibunya, Karen Rahman yang memfitnah Maria Farida rampas suaminya"

Catat Ulasan