Siti Nurhaliza berkata dia menerima kenyataan itu kerana baginya ia satu anugerah yang ditentukan oleh undian peminat bukan juri professional seperti anugerah AIM (Anugerah Industri Muzik).
“Ini semua undian peminat dan tiada apa yang perlu buat saya rasa kecewa atau sebagainya. Saya menerima keputusan itu dengan baik.
“Anugerah ini pun bertujuan untuk mendekatkan peminat dengan artis. Lain lah jika saya ditewaskan di AIM, itu mungkin buat saya kecewa,” katanya kepada murai.com.my
Siti Nurhaliza ditemui di majlis siding media Konsert Dato Siti Nurhaliza and Friends oleh Yonder Music di Menara Celcom, semalam.
Menurusi kategori Penyanyi MeleTOP itu, Ayda bukan sahaja menewaskan penyanyi bersuara lunak tersebut malah turut mengalahkan Akim Ahmad.
Bagaimanapun kemenangan Ayda Jebat itu telah mendapat respon daripada netizen dan peminat Siti Nurhaliza yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Siti Nurhaliza tidak marahkan reaksi yang diberikan kerana memahami apa yang mereka rasa terutama sekali peminat yang terlah mengundinya.
“Saya tak marahkan mereka, saya pun faham apa yang mereka rasa. Mungkin mereka emotional kerana mereka sudah pulun mengundi tetapi akhirnya keputusan tidak seperti mereka harapkan.
“Saya harap mereka terimalah kenyataan kerana ia sekadar anugerah yang berasaskan undian. Saya pun ada beri semangat kepada mereka yang mengundi saya untuk menghargai apa yang mereka lakukan,” luahnya lagi.
Konsert Dato Siti Nurhaliza and Friends yang akan berlangsung di Stadium Negara, 2 April depan turut menampilkan penanyi-penyanyi hebat lain sebagai jemputan seperti penyanyi Antarabangsa, Anggun Cipta Sasmi, Faizal Tahir, Hafiz Suip juga dua penyanyi lelaki dari Seberang iaitu Afgan dan Cakra Khan.

Sumber: Murai
Bagaimana Anda ingin maenjadi kaya sekarang..?
BalasPadam